Resipi Bingka Kelapa. Kuih Tradisional Sedap Yang Makin Susah Nak Jumpa.

Share

Masa dahulu jika di kampung, Kuih Bingka Kelapa atau Beke Nyor ini adalah salah satu kuih tradisional yang sangat sedap. Lemak manis kelapa dan santan serta bau haruman kuih ini dibakar, sangat membuka selera. Namun kini, ia agak sukar diperolehi terutamanya jika tinggal di bandar-bandar besar. Mungkin tiada yang pakar membuatnya. Terasa nak makan Kuih Bingka Kelapa ni? Saudari Nor Khomariah Norrohman ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!

 

CARA MASAK KUIH BINGKA KELAPA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 cawan kelapa parut (kelapa putih)
  • 5 sudu makan gula – jumlah bergantung pada tahap kemanisan masing-masing
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Air secukupnya- jangan banyak sangat. tengok keadaan adunan

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam. Gaul sebati.

2. Pecahkan telur dalam bekas lain dan barulah dimasukkan ke dalam adunan kelapa. Gaul rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Pastikan parutan kelapa masih bioleh dilihan bila diadun.

4. Rasa sikit adunan bagi uji tahap kemanisan kuih. Ubah suai rasa ikut cita rasa masing-masing.

5. Ambil acuan kuih cara, sapu minyak pada acuan.

6. Sudukan adunan ke dalam acuan. Masak atas dapur guna api sederhana.

7. Bila adunan sudah mengeras dan garing di bahagian bawah, alihkan dan sambung bakar di dalam ketuhar atau air fryer. (empunya resipi bakar guna air fryer)

8. Bakar pada suhu 180C salaam 5 minit atau hingga bahagian atas garing.

9. Kuih Bingka Kelapa ini sedap dimakan panas-panas.

Kredit resipi & foto: Nor Khomariah Norrohman

 

Dapatkan AIR FRYER pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.

 

Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur