Sedapnya Kuih Kalakatar @ Kuih Bingka Kelapa Muda ni. Nampak lemak manis, memang membuka selera. Rasanya kalau dekat gerai, tak ada jual kuih ni.
Kuih Bingka Kelapa ini adalah salah satu kuih tradisi orang Banjar. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nadia Ismailada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA BUAT KUIH KALAKATAR @ BINGKA KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air kelapa muda – dari 2 biji kelapa muda yang besar
Isi kelapa muda – jumlahnya terpulang ikut cita rasa
Sedikit garam
Gula secukupnya – letak sedikit demi sedikit hingga cukup manis
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur.
2. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian tapis.
3. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Bakar adunan dalam ketuhar menggunakan api atas bawah selama 1 jam. (RASA: boleh guna suhu 180C. Namun masa dan suhu boleh berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing)
6. Setelah cukup 1 jam, bakar lagi 20 minit menggunakan api atas. Ia bertujuan untuk garingkan bahagian permukaan kuih.
Ads
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
INFO: Kuih Kalakatar ni jika nak makan di waktu pagi, kena buat malam sebelumnya. Jika nak makan petang, boleh buat waktu pagi. Kuih ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Sesekali dapat kuih rare memang terbaik rasa. Orang Kedah panggil cakaq bihun.Tempat hangpa panggil apa? Memandangkan ramai yang tak pernah rasa, tak pernah buat dan tak kurang juga yang tak pernah tengok. Lepas mendapat keizinan dari mak, sy share kan resepi nya kat sini.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Kuih Cakar Bihun
Bahan-bahan:
1 cwn gula
Food colouring (ikut suka nak warna apa)
Sebungkus bihun (Bihun ni jgn hangpa p basuh ka rendam ayaq dulu ka apa. Satgi xjadiii . Kalau xnak mengadap lama lama depan dapur, buat sikit dulu. Lenguh pinggang cek oiii nak buleh siap 1 bungkus tu pun )
Minyak (Utk menggoreng)
Cara memasak :
1.Bancuh gula dgn secawan air di atas api yg perlahan sehingga gula hancur. Sukatan gula terpulang kpd selera masing2, kalau suka manis lebihkan. Kalau tak, kurangkan.
2.Masukkan pewarna ke dlm air gula td.
3.Rendam bihun ke dalam air gula. Step ni utk pastikan bihun mesra dgn air gula & pewarna tadi. Gaul sebati.
4.Panaskan minyak, goreng bihun. Step ni, pastikan ambik sikit saja utk menggoreng. Sebab nanti bihun akan mengembang.
5.Angkat bihun, cepat2 masukkan ke dalam acuan semasa masih panas & tekan utk bentukkan cakar bihun. Pastikan buat waktu bihun masih panas sbb bila dah sejuk, bihun berterabur & xcantik. Mak sy guna cawan je utk dapatkan bentuk bulat tu.
6.Toskan atas kitchen roll.
7.Dah siappp.
Roti puri yang membelon macam ni memang sedap dibuat sarapan pagi. Lagi pulak dapat cecah dengan kuah kari daging.
ROTI PURI BELON BERSAMA KARI DAGING
.
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air panas
CARA MEMASAK :
Tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
Masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat-bulatkan..perap selama 15minit.
.
3. Setelah adunan kembang,lenyekkan dengan penggelek.
.
4. Panaskan minyak.goreng sampai agak kekuningan
.
KARI DAGING
.
BAHAN BAHAN
1/2 kg Daging
3 paket Rempah Kari Daging (25gm tiap satu)
220 gm Santan
1 sudu makan kerisik.
Beberapa helai daun Kari.
3 ulas Bawang Putih | ditumbuk
6 biji bawang merah | ditumbuk
Sedikit Halia dimayang.
Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
7 biji kentang
I biji Lobak Merah | dipotong bulat
1 1/2 biji cili merah atau cili hijau | dibelah dua memanjang
CARA MEMASAK : 1. Daging dibasuh bersih dan digaul dengan rempah kari daging dn kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air aje sudah dalam santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkan cili hijau/cili merah.
10. Ok….dah boleh tutup api.
Bagi yang baru nak belajar buat Kuih Seri Muka, boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH SERI MUKA MUDAH
BAHAN BAWAH:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 sudu makan minyak masak
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain. 2.Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.
BAHAGIAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3 sudu makan tepung ubi
1 cawan air pandan ( 1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan)
1 biji telur
1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
1/2 sudu teh kulit kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
Secubit garam dan pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain. 2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.
3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi. 4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.
5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.