Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!

Share

Sedapnya Kuih Kalakatar @ Kuih Bingka Kelapa Muda ni. Nampak lemak manis, memang membuka selera. Rasanya kalau dekat gerai, tak ada jual kuih ni.

Kuih Bingka Kelapa ini adalah salah satu kuih tradisi orang Banjar. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nadia Ismail

ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

CARA BUAT KUIH KALAKATAR @ BINGKA KELAPA MUDA

BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan air kelapa muda – dari 2 biji kelapa muda yang besar
  • 2 cawan tepung gandum – beli online disini
  • Isi kelapa muda – jumlahnya terpulang ikut cita rasa
  • Sedikit garam
  • Gula secukupnya – letak sedikit demi sedikit hingga cukup manis
  • 1 biji telur
CARA MEMASAK:

1. Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur.

2. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian tapis.

3. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan tadi.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.

5. Bakar adunan dalam ketuhar menggunakan api atas bawah selama 1 jam. (RASA: boleh guna suhu 180C. Namun masa dan suhu boleh berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing)

6. Setelah cukup 1 jam, bakar lagi 20 minit menggunakan api atas. Ia bertujuan untuk garingkan bahagian permukaan kuih.

7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.

INFO: Kuih Kalakatar ni jika nak makan di waktu pagi, kena buat malam sebelumnya. Jika nak makan petang, boleh buat waktu pagi. Kuih ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.

 

Kredit resipi & foto: Nadia Ismail

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur