Sedapnya kalau dapat makan kuih Bingka Roti panas-panas. Lemak, manis…Memang kena dengan selera. Jadi puan-puan, jika di rumah anda ada lebihan roti, bolehlah cuba buat Bingka Roti ni. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Shameema Ahamed ni tidak menggunakan ketuhar. Guna pemanggang ajaib je. Hasilnya memang cantik dan masak sekata. Jom cuba!
1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan pukul hingga sebati.
Ads
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun lagi supaya tepung tidak berketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi.
4. Biarkan roti terendam sebentar dalam masa 15-20 minit.
5. Tuang campuran roti ke dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak menggunakan api paling kecil. Kena selalu periksa kuih supaya tidak hangit. (empunya resipi bakar dalam 20 minit kemudia terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit)
6. Bila kuih Bingka sudah masak, sejukkan dan barulah dipotong. (empunya resipi alas adunan kuih menggunakan baking paper supaya ia mudah dikeluarkan bila masak)
Teringinkan berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan empat jenis kuih muih tempatan berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan. Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa dihujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi tiga yang lain boleh korang cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
KULIT:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau
BAHAN INTI:
1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
3/4 cawan gula merah
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
secubit garam
1 1/2 cawan air
1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Daun pisang | dilayur atas api kecil
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan |disimpul
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur.
Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500 gram tepung pulut
4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
1 cawan air
Gula melaka | dipotong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk., jika suka.
Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan.
Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau
6gm yis segera
50gm minyak sayur
1/2sudu teh garam
100gm gula halus
250gm air suam
Bahan Inti:
200gm kacang merah
100gm gula perang
1/2 sudu teh gula merah
1/2sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
Simpan selama sejam.
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Makan nasi tanpa sambal, rasa tak lengkap. Ada yang suka sambal berkuah dan yang kering. Sambal ni puas hati kalau buat sendiri. Lebih banyak kuantiti dan boleh buat stok bila-bila nak makan. Tak susah pun buatnya.
Ayam Goreng Kicap dimasak persis 3 Budak Gemok ni memang padu rasa dia. Nak buatnya senang sangat dan yang pasti makan lauk macam ni tak cukup nasi sepinggan.
Paling penting kicap dengan ayam goreng tu sekata dengan bawang dan bahan lain. Dah bersalut cantik tu mesti ngam rasa dia.
Resipi yang dikongsikan ini cukup mudah untuk anda ikuti. Bolehlah cuba nanti.
Ayam Goreng Kicap Ala 3 Budak Gemok
Bahan-bahan:
Ayam – dipotong kecil
Bawang besar *
Bawang putih*
Cili padi*
Daun kari*
Halia*
Sos tiram
Kicap manis
Cara Memasak:
Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Tumbuk atau kisar bahan bertanda
Tumis bahan tumbuk/kisar menggunakan minyak menggoreng ayam tadi. Tunggu sehingga bahan garing
Masukkan 3 sudu besar sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan pula kicap manis, yang ni bergantung kepada ayam dan bahan tumbuk tadi. Jangan terlalu sedikit. Tumis sekata dengan bawang.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan.
Nota:
Tak perlu letak garam kerana sos tiram sudah masin. makan dengan nasi panas dan sambal gesek memang sedap.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.