Resipi Bingka Tumis Yang Super Sedap. Bakar Guna Pemanggang Ajaib. Memang Ajaib Betul Hasilnya

Resipi daripada pemilik FB Noor Lela ini memang terlihat sangat sedap. Cara membuatnya pun tidak terlalu sukar. Lebih senang lagi bila bakar guna  pemanggang ajaib je. Resipi ini dikongsi melalui page mahn.

BAHAN-BAHAN:

  • 2½ cwn tpg gandum
  • ¾@1 cawan gula
  • ½ biji kelapa size besar
  • (hasilkan 5 cawan santan)
  • 1 cwn air daun pandan
  • (6 helai daun pandan blend)
  • 2 biji telur size B
  • 2 sb butter atau marjerin
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

BAHAN TUMIS

Ads
  • 10-12 ulas bawang kecil
  • 2 sb butter atau marjerin
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

LANGKAH 1

  1. Masukkan air daun pandan bersama 4 cawan santan. Kemudian masukan telur dan tepung, blend sampai sebati. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan baki 1 cawan santan, gula, butter dan garam
  3. Masak atas dapur gunakan api perlahan selama 5-10 minit atau sehingga adunan pekat
  4. Setelah pekat, padamkan api dan ketepikan sebentar.

Resipi Bingka Tumis Yang Super Sedap. Bakar Guna Pemanggang Ajaib. Memang Ajaib Betul Hasilnya

LANGKAH 2

  1. Sediakan bahan tumis. Panaskan butter dan minyak.. Goreng bawang sehingga kekuningan. Toskan bawang tadi.
  2. Minyak bawang tadi masukan ke dalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga sebati.

 

Resipi Bingka Tumis Yang Super Sedap. Bakar Guna Pemanggang Ajaib. Memang Ajaib Betul Hasilnya

LANGKAH 3

Ads
  1. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib,  taburkan bawang goreng.
  2. Bakar 30-40 minit..api perlahan…setelah 20 minit…terbalikan pemanggang ajaib .lakukan sehingga masak.

Resipi Bingka Tumis Yang Super Sedap. Bakar Guna Pemanggang Ajaib. Memang Ajaib Betul Hasilnya

SIAP:

Resipi Bingka Tumis Yang Super Sedap. Bakar Guna Pemanggang Ajaib. Memang Ajaib Betul Hasilnya

Ads

INFO:

Untuk oven:   bakar suhu 170-180 darjah celcius selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing-masing
Setelah masak sapukan permukaan bingka dengan butter atau marjerin..untuk kelihatan lebih cantik..

Resipi  ni untuk sukatan pemanggang ajaib. Jika nak buat banyak,  gandakan bahannya
Ok selamat mencuba

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI