Jom cuba buat kuih Bingka Ubi Kayu yang sedap ni. Hanya guna 5 bahan anda boleh nikmati keenakan kuih ini bersama keluarga. Ringkas sahaja cara pembuatannya malah bahan-bahannya juga mudah diperolehi di kedai-kedai runcit berdekatan. Bagi yang suka makan Kuih Bingka Ubi Kayu ni dan nak cuba masak sendiri, saudari Sue Abdullah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

CARA MASAK BINGKA UBI KAYU GUNA 5 BAHAN

Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan

BAHAN-BAHAN:

4 cawan ubi kayu siap parut
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1 cawan gula pasir (empunya resipi lebihkan sedikit gula)
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning beli online disini

(INFO: Sukatan ubi tidak boleh bagi dalam timbangan kilo sebab kadangkala ada bahagian ubi yang keras dan tidak boleh diparut. Nanti sukatan jadi tidak tepat)

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan ubi kayu dan parut halus. Jika tiada pemarut, potong kecil ibu kayu tadi, masukkan dalam pengisar dan kisar sedikit demi sedikit. Tapis airnya dan guna air yang sama untuk kisar potongan ubi kayu yang seterusnya. Lakukan Langkah yang sama hingga habis.

Ads

Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan2. Satukan parutan ubi kayu, santan, gula, garam dan pewarna di dalam bekas. Gaul hingga sebati dan gula hancur.

Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan3. Panaskan ketuhar pada suhu 200C guna api atas bawah.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam loyang bersaiz 7×7. Ratakan. Jika guna loyang saiz 6×6, kuih akan jadi agak tebal. Boleh juga guna loyang saiz 8×8.

Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letak di rak yang paling bawah.
6. Bakar Kuih Bengkang Ubi Kayu selama 1 – 1 ½ jam atau hingga bahagian atas Bengkang jadi keperangan.

Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan7. Setelah masak, keluarkan dan biarkan kuih selama 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan
Kredit resipi & foto: Sue Abdullah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak

Resipi Kuah Sup Kuetiau Celup Yang Sedap & Mudah

Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Resipi Kuih Cara Gula Sedap, Buat Guna 2 Cawan Tepung Je

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI