Tak lengkap raya tanpa biskut Almond London ni. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun suka. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat. Menurut empunya resipi, cara yang dikongsi sangat mudah kerana tidak memerlukan mesin pengadun. Malah sukatannya juga menggunakan cawan sahaja. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazilah Zakaria ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BISKUT ALMOND LONDON SEDAP
BAHAN A:
1 cawan buttercup
3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan (beli online disini)
Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit
CARA MEMASAK:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.
IKLAN
2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.
3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.
IKLAN
5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.
Nampak sedap Cha Bang Ang ni. Ia adalah antara manisan Thailandyang sedang viral. Bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Bagi yang nak cuba, resipi perkongsian saudari Acik Siti ni antara yang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DESSERT THAI VIRAL CHA BANG ANG
BAHAN-BAHAN:
1-2 tiub cincau manis
Gula karamel – masak 1 cawan gula perang dengan 1 cawan air
3 sudu makan selasih – rendam air panas
2 cawan susu penuh krim
1 cawan susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Ais secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan susu penuh krim, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam. Goncang sebati. Ketepikan. 2. Potong cincau manis jadi bentuk dadu kecil. Masukkan dalam mangkuk. 3. Masukkan juga gula karamel, biji selasih dan campuran susu tadi. Kacau rata. 4. Tambahkan ais dengan secukupnya. Nikmati segera.
Asam Pedas. Walaupun lain negeri lain cara masakannya, tetapi asam pedas tetap menjadi pilihan ramai. Jom kita cuba asam pedas daging yang memang merecik rasanya ini.
BAHAN-BAHAN:
600 gram daging lembu
1 batang serai | diketuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah 2
3 tangkai daun kesum
1 sudu teh lada hitam kisar
2 senduk cili kisar
3/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan daun kesum, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
5. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas).
6. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap.
Sarapan dengan pancake, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Tapi korang jangan patah hati, sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake terbaik seperti diharapkan. Ini beberapa perkara perlu korang kalau nak pancake yang sedap, gebu gebas dan cantik:-
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.
Asingkan Bahan Kering Dengan Bahan Basah. Tepung gandun, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Dalam campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.
Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.
Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
PANCAKE BLUEBERRY MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Pes/jem blueberi secukupnya
Sirap Maple secukupnya
Buah blueberi secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, cornflakes, serbuk penaik dan gula halus. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.
Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. Letakkan sesudu pes/jem blueberi dan tutup dengan sedikit lagi bancuhan pankek.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama sirap maple dan hirisan buah blueberi segar. dan krim putar jika suka.