Biskut raya untuk lebaran ni belum siap lagi? Resipi Biskut Butter ni memang sesuai anda cuba. Hanya guna empat bahan dan sangat mudah dihasilkan. Jom cuba!
BISKUT BUTTER
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung jagung
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan gula
- 1 buku mentega
CARA MEMASAK:
- Satukan gula dan mentega. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sehingga mendapat doh lembut.
- Bentukkan adunan dan bulatkan. Susun atas dulang yang telah dialas dengan ‘baking paper’.
- Tekan doh menggunakan hujung garfu dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit.