Resipi Biskut Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Resipi biskut choc chip ala Famous Amos. Simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan..Boleh ajak anak-anak buat sama-sama.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Baizura Muhammad ini ye. 

Resipi Biskut choc Chip Ala Famous Amos

Bahan-bahan:
250 gram mentega – boleh beli online di sini

1 1/4 cawan gula perang boleh beli online di sini

2 1/2 cawan tepung gandum boleh beli online di sini

1 sudu kecil esen vanilla boleh beli online di sini

Setengah cawan tepung jagung – boleh beli online di sini

1 biji telur
2 cawan coklat cip – boleh beli online di sini
1 sudu kecil baking powder – boleh beli online di sini

6 sudu besar minyak masak – boleh beli online di sini

1 sudu kecil soda bikarbonat
Almond nips / almond flakes (jika suka)

Cara Memasak Resipi Biskut choc Chip Ala Famous Amos:

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi SedapMasukkan mentega, gula perang, esen vanilla dan telur. Kacau pelan-pelan untuk bagi sebati. Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh.

Ads

Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau pelan-pelan. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan minyak masak. Kacau lagi bagi sebati.

Ingat! Kacau pelan-pelan sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti. Buat step seterusnya.

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Bila semua dah sebati, masukkan choc chip.

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Kacau lagi dengan perlahan-lahan hingga sebati dan sampai semua mesra.

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke atau Nestum ke, boleh.

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Seeloknya tutup, nanti bercampur bau makanan lain yang ada dalam peti ais tu pula.

Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Pastikan adunan tu jadi keras sikit masa ni.

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Sapu dulang dengan mentega. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam dulang. Cubit sikit-sikit adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyek.

Nanti bila bakar ia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama.

Ads

Masa Untuk Bakar

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Sebelum tu, panaskan oven suhu 150C, guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit.

Tengok betul-betul rupa adunan ini sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. 

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Ia dah mula mengembang. Jangan gatal tangan nak buka oven kejap-kejap nanti bantat jadinya.

Resipi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Mudah Tapi Sedap

Tadaa! Siap! Biskut choc chip ala Famous Amos yang super sedap. Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru ia crunchy. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Ads

Biskut Chocolate Almond Cluster Viral, Guna Tiga Bahan

Mufin Oren Gebu Dan Sedap

Kek Batik Coklat Keju Super Sedap, Anak-anak Gerenti Suka

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI