Dah mula buat biskut raya? Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang simple tapi sedap, min cadangkan anda cuba resipi Biskut Cincin/ Biskut Telur Rebus ni. Memang mudah, mudah nak terap dan rasanya sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.
BISKUT CINCIN/BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 350gm mentega
- 80gm gula kastor
- 6 biji telur rebus – ambil kuning telur sahaja. Lenyek dengan garpu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 400gm tepung gandum
- 200gm tepung jagung
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur secukupnya – dipukul
- Kacang – kisar halus
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla.
2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung. Uli hingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.
3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang anda ada.
4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.
5. Bakar pada suhu 140-160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Puding Susu Penuh Rasa Lemak Manis Yang Sedap
Kek puding susu ini memang penuh dengan rasa lemak dan manisnya. Tentu dapat bayangkan betapa sedapnya kek ini kan?
Ada orang suka buat kek dan ada yang tak suka sangat sebab renyah katanya. Tapi, resipi kek ini sangat mudah dan bahan pun taklah terlalu banyak. Bagi yang berjinak-jinak nak buat kek, bolehlah try ye. Kek pun sedap.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Noliza Matsani ini.
Kek Puding Susu
Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
½ sudu makan mentega – boleh beli online di sini
1 tin susu pekat manis – boleh beli online di sini
Setin susu cair – boleh beli online di sini
1 gelas gula pasir – boleh beli online di sini
2 sudu makan tepung pau (atau tepung Hong Kong) – boleh beli online di sini
1 ½ gelas susu tepung – boleh beli online di sini
2 sudu teh esen vanilla – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Di dalam bekas lain, pukul telur bersama esen vanilla hingga kembang.
Kemudian satukan kedua adunan tadi dan gaul sebati.
Tambah susu pekat, susu cair, susu tepung dan tepung pau/hong kong. Gaul sebati.
Masukkan ke dalam loyang empat segi, lapik dengan kertas minyak atau sapu sedikit mentega di bahagian dalamnya. Tuang adunan ke dalam loyang.
Kukus adunan selama 2 jam. Siap! Tak susah sangat kan nak membuatnya. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kek Tampung Seribu, Kek Lapis Sarawak Penuh Rasa Coklat Dan Keju
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Dua Kek Keju Sedap, Tambat Selera Famili Di Hari Raya
Dah makan lauk pauk raya mesti sedap kan kalau ada hidangan kek sebagai pencuci mulut. Kek vanila keju leleh dan kek keju Oreo memang legend dan melengkapkan hidangan. Petang-petang menonton rancangan istimewa Hari Raya sambil menikmati kek memang sedaplah.
Berkrim dan lazat ni dia dua kek keju dari Adriana Cakes House. Memang lembut dan berkrim sedap.
KEK VANILA KEJU LELEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla span:
150gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalet
1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
80 ml susu segar
80 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping keju leleh :
250 gm keju krim
1 cawan susu pekat
1 cawan non dairy whipping cream
Parutan keju cheddar | sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Kek vanilla span :
- Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
- Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
- Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
- Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
- Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
- Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
- Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Topping krim keju :
- Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
- Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
- Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju
INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.
KEK KEJU OREO
Bahan-bahan
Bahan dasar kerak :
80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
250 gm krim keju @ cream cheese
200 gm non dairy whipping cream
150 gm yogurt biasa
50gm gula kastor
15 gm gelatin
60 ml air panas
50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
- Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
- Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan.
- Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
- Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. - Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
- Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
- Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
- Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
Kredit: ADRIANA CAKES HOUSE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Victoria Sandwich Cake, Mewah Dengan Rasa Manis, Masam & Berlemak
Kek Victoria Sandwich ni mewah dengan rasa mentega yang istimewa. Lemak, manis dan masam yang serasi bersama.
Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, sesuai untuk dihidangkan buat makan petang atau meraikan hari istimewa seseorang.
VICTORIA SANDWICH CAKE
BAHAN-BAHAN:
250g mentega
200g gula castor
4 biji telur saiz A
250g tepung naik sendiri
3 sudu besar susu cair
1 sudu teh esen vanila
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
TONTON Puas Gila Makan Cheese Kat Sini | Makan Di Mana
BAHAN STRAWBERRY FILLING:
250g strawberi
½ cawan gula – beli online di sini
1 sudu makan lemon
2 sudu makan tepung jagung – beli online di sini
1 cawan air
BAHAN AISING:
1 cawan whipping cream
2 sudu makan instant custard
CARA-CARA:
1. Pukul mentega dengan gula. Pukul mentega sampai pucat ye. Masukkan telur sebiji dengan sebiji. Masukkan esen vanila. Bagi wangi dan naik rasa lemak mentega tadi. Masukkan tepung sikit demi sedikit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan susu cair tadi. Pukul lagi ya. Saya pakai hand mixer saja. Tak perlu beli mixer heavy duty pun. Pakai whisk pun boleh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Dah sebati semua bahan, masukkan adunan dalam loyang saiz 8. Bakar 170C selama 45 minit. Ikut ketuhar masing-masing ya.
4. Masukkan strawberry dan jus lemon dalam pengisar. Basuh bersih sebelum guna. Masukkan gula dan tepung jagung. Masukkan air. Dah kisarlah sehingga hancur semuanya.
5. Masukkan dalam periuk atau kuali. Gunakan api yang kecil saja ya. Masak sampai mendidih dan memekat. Pukul whipping cream supaya dia memekat sikit.
6. Masukkan instant custard. Boleh beli di kedai bahan bakeri. Pukul sampai dia kental ya. Masukkan dalam plastik tiga segi. Saya pakai nozel bintang.
7. Bahagi kek kepada 2 bahagian. Picitlah ikut rasa hati. Janji cantik. Lapiskan dengan jem strawberry.
8. Buat benda yang sama pada bahagia atas kek. Akhir sekali, hiaskan dengan buah strawberry segar yang dipotong.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Kelapa Mudah & Sedap Tanpa Tepung, Mentega, Tak Guna Mesin
Wanita Ini Kongsi Tip Rahsia Buat Bahulu Menjadi Cantik & Lembut
Resipi Pulut Mangga Dengan Rasa Lemak Manis, Mudah Je Nak Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: