Resipi Biskut Cincin Yang Sangat Sedap & Mudah Buat.

Share

Dah mula buat biskut raya? Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang simple tapi sedap, min cadangkan anda cuba resipi Biskut Cincin/ Biskut Telur Rebus ni. Memang mudah, mudah nak terap dan rasanya sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.

 

BISKUT CINCIN/BISKUT TELUR REBUS

 

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm mentega
  • 80gm gula kastor
  • 6 biji telur rebus – ambil kuning telur sahaja. Lenyek dengan garpu
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 400gm tepung gandum
  • 200gm tepung jagung

 

BAHAN HIASAN:

  • Kuning telur secukupnya – dipukul
  • Kacang – kisar halus

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla.

2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung. Uli hingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.

3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang anda ada.

4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.

5. Bakar pada suhu 140-160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

 

Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad

Published by
Nur