Biskut Coklat Cip memang jadi kegemaran ramai. Rangup, manis dan ada lemak-lemak badam, memang layan kalau makan. Biskut Coklat Cip ni mudah je nak buat jika jumpa resipi yang tepat. Nak cuba? Min kongsikan resipi ala-ala kedai biskut tersohor yang anda boleh cuba. Pasti puas hati.
CARA BUAT BISKUT COKLAT CIP / CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 3/4 buku mentega (mentega yang seberat 250gm. Ambil 3/4 sahaja)
- 1/2 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- 2 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu teh esen vanila
- 3 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan cip coklat
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga sebati sahaja.
2. Kemudian masukkan telur, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul lagi hingga rata.
3. Masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati denagn bahan-bahan basah tadi.
4. Akhir sekali, masukkan cip coklat.
5. Sudukan doh diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 27 minit. Masa memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar.
6. Sejukkan biskut dan simpan dalam balang kedap udara.
Kredit resipi & foto: Nor Azliza Mohamed
Ketuhar ada banyak jenis. Kalau anda sedang cari ketuhar baru, pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Cara Buat Kek Keju Sedap Hanya Guna Krim Keju, Susu Pekat Manis & Telur. Mudahnya!
Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak. Sedap, Mudah & Buka Selera.
Koleksi Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak Yang Mudah & Comfirm Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Bingka Pulut Dari Arwah Ibu. Simple Je Tapi Sedap
Kuih Bingka Pulut perkongsian saudari Munirah Hj Masri ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Menurut beliau resipi ini adalah dari arwah ibunya. Pasti punya keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Bagi anda yang menggemari sajian kuih muih tradisional, jom cuba buat Kuih Bingka Pulut ini. Mudah sangat resipinya. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK KUIH BINGKA PULUT SEDAP
BAHAN A (AIR GULA):
1 cawan gula pasir – beli online disini
1 cawan gula merah – beli online disini
Daun pandan
BAHAN B:
1 1/2 cawan tepung pulut – beli online disini
1/2 cawan tepung ubi – beli online disini
1/2 cawan tepung beras – beli online disini
1 biji telur ayam gred B
1 cawan santan pekat – beli online disini
1 sudu teh garam
4 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
4 sudu makan kicap manis – empunya resipi guna kicap kipas udang – beli online disini
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan A dan masa katas dapur hingga sebati. Biarkan sejuk terlebih dahulu.
2. Satukan bahan-bahan B dalam bekas besar.
3. Masukkan bahan A (air gula yang telah disejukkan tadi) dan gaul hingga sebati.
4. Panaskan loyang dalam ketuhar selamat 10 minit.
5. Kemudian tuangkan adunan Kuih Bingka Pulut ke dalam loyang.
6. Bakar kuih pada suhu 150C selama 45 minit.
7. Bila sudah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu kemudian barulah dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Munirah Hj Masri
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Buat Sendiri Botok-Botok Johor Yang Sedap, Ini Cara Paling Senang
Botok-botok antara menu klasik masyarakat Johor. Selalunya orang Jawa yang suka makan Botok-Botok tapi kini sudah jadi hidangan kegemaran semua tanpa mengira bangsa. Membuat Botok-Botok ini tidaklah sesusah mana pun. Jomlah kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Norfazida Gda ini.
RESIPI BOTOK-BOTOK
BAHAN SAMBAL:
2 senduk cili kering*-BELI ONLINE
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*-BELI ONLINE
5 ulas bawang putih*-BELI ONLINE
1 inci halia*-BELI ONLINE
1 inci lengkuas*-BELI ONLINE
2 inci kunyit hidup*-BELI ONLINE
4 batang serai*
2-3 sudu besar air asam jawa-BELI ONLINE
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kerisik
100 ml santan pekat (boleh lebihkan)
Air secukupnya
Gula merah
Garam
BAHAN UTAMA:
Ikan tenggiri atau tongkol, ikan pari, ikan kembung atau udang
Pucuk ubi
Pucuk mengkudu
Pucuk betik
Daun kunyit
Daun kaduk
Ulam-ulam lain yang sesuai
Daun pisang atau aluminium foil
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bahan yang bertanda *hingga sebati. Tumiskan sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari dan masak sehingga sedikit kering.
2. Masukkan kerisik dan air asam jawa. Tumiskan lagi. Tambah santan, air gula merah, dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga mendidih. Tutup api.
3. Di atas sekeping daun pisang atau aluminium foil, letakkan ulam-ulaman, kemudian letakkan sambal. Akhir sekali letakkan ikan atau udang.
4. Bungkus dengan rapi. Boleh cucukkan dengan lidi untuk lebih kemas.
5. Kukus sehingga 20-30 minit mengikut saiz bungkusan. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Norfazida Gda
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Paprik Campur Sedap. Resipi Berbuka Yang Mudah, Cepat & Jimat Masa
Sedapnya Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed, Makan Sejuk-sejuk Memang Layan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin Zaman Kini.
Tidak dapat di nafikan, menu rewang kenduri kendara sememangnya mendapat tempat dihati ramai. Bukan sahaja sedap menyelerakan, menu rewang ala kampung juga tetap menjadi pilihan bakal pengantin walau di zaman ini.
PAJERI TERUNG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji terung hijau
- 5 keping ikan gelama masin
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 sudu teh halba campuran
- 3 tangkai daun kari
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 inci halia | dikisar
- 30gm udang kering | dikisar
- 4 sudu besar serbuk rempah kari daging
- 1 ketul gula Melaka
- 3 sudu besar kerisik
- 300ml air
- 500ml santan
- 100ml minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Goreng ikan masin sehingga garing.
- Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, halba campuran, daun kari, bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia sehingga naik baunya.
- Masukkan pula rempah kari daging. Tumiskan sehingga ia menjadi garing. Masukkan pula santan dan tambahkan garam dan air secukupnya.
- Apabila sudah mendidih, masukkan terung hijau dan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu. Masak sehingga terung menjadi lembut.
- Masukkan pula kerisik dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
Info chef: Pastikan terung dipotong sekata untuk membolehkan ia masak dengan lebih cepat.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air
10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup | dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi bersama kunyit hidup. Masukkan tempoyak dan kisar sehingga sebati.
- Masukkan ikan dan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga ia mendidih.
- Tambahkan garam secukupnya sebelum dihidangkan.
Info chef: Tambahkan sedikit serbuk perasa untuk melazatkan hidangan.
IKAN KURAU MASIN DAN NANAS MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji nanas | kupas kulit dan hiris
- 8 ketul ikan kurau masin | direndam seketika
- 2 batang serai | diketuk
- 700ml santan cair
- 250ml santan pekat
- 1 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 3 biji bawang merah | dikisar
- 5 biji cili padi | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci kunyit hidup | dikisar
- 3 biji buah keras
- Secubit belacan
CARA MEMASAK
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang telah dititik sehingga naik baunya.
- Masukkan ikan kurau masin dan masak ia sebentar.
- Tambahkan nanas dan gaulkan ia rata bersama ikan tadi sehingga ia menjadi lembut.
- Tuangkan santan dan asam keping. Tambahkan garam secukupnya dan biarkan ia mendidih sebelum diangkat dan dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini mempunyai rasa lemak dan masin yang sekata. Untuk menambahkan rasa, masukkan cili padi.
LALA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 11/2 kilo lala
- 2 cawan pati santan pekat
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 2 batang kunyit hidup
- 1 biji bawang besar
- 10 ulas cili padi
- 2 keping asam gelugor
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan pula serai bersama lala yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Masak sehingga ia mendidih.
- Tambahkan santan, daun limau purut dan asam gelugor ke dalam periuk.
- Masukkan gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan hidangan.
Info chef: Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan tomato di akhir proses memasak.
ASAM REBUS KELADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat batang keladi
- 2 keping asam gelugor
- 1 cawang udang | bersaiz sederhana
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMBUK:
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Siat batang keladi dan bersihkan di dalam air.
- Sediakan periuk dan rebus batang keladi sehingga ia menjadi lembut.
- Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Rebus di dalam air secukupnya.
- Biarkan ia mendidih dan masukkan batang keladi yang telah direbus terlebih dahulu.
- Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ia mendidih sebelum dihidangkan.
Info chef: Untuk menghilangkan rasa gatal pada batang keladi, pastikan ia dibasuh dengan menggunakan sedikit air yang dicampurkan dengan garam.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg siput sedut | dibuang hujungnya
- 5 cawan santan pekat
- 2 batang serai | dititik
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji nanas
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan siput dan buangkan bahagian hujungnya.
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang dikisar bersama serai.
- Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan terlebih dahulu.]
- 4.Tambahkan nanas dan serai. Kacau sehingga ia mendidih dan siput bertukar warna.
- Pastikan nanas sudah masak empuk sebelum diangkat. Tambahkan garam dan tutup api.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak di dalam api yang sederhana dan dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
IKAN KELI SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan keli|disalai
- Sehelai daun kunyit
- 2 biji limau
- 1 kg santan
- 3 biji bawang merah|dikisar
- 2 ulas bawang putih|dikisar
- 15 biji cili padi|dikisar
- 2 inci kunyit hidup|dikisar
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan dan serai ke dalam periuk.
- Kacau rata dan masak sehingga ia mendidih.
- Masukkan ikan keli yang telah disalai bersama daun kunyit.
- Kacau secara perlahan-lahan sehingga masak.
- Tambahkan garam secukup rasa dan gula sebelum dihidangkan.
Info chef: Pastikan ikan dikacau perlahan-lahan agar ia tidak berkecai.
PENYELARAS: ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
FOTO: NURUL NIZA SUHAIMI
TERIMA KASIH: KENCANA KATERING & EVENT SOLUTION, TAMAN SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR.