Bila tiba raya, Biskut Dahlia antara salah satu biskut raya klasik kegemaran ramai yang wajib ada. Tak lengkap Syawal tanpanya. Ia ibarat salah satu biskut klasik yang mengimbau kenangan indah waktu raya lebih-lebih lagi dikala kecil dulu. Jika anda bercadang nak buat biskut ini untuk raya nanti, saudari Suey Harriz Sue ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMBUAT BISKUT DAHLIA KLASIK GUNA SUKATAN CAWAN
Resipi biskut Jerman atau German cookies ini antara yang biskut yang senang untuk dibuat dan digemari anak-anak.
Ini kerana rasanya yang sedap manis serta rapuh dan bila dimakan ianya cair di mulut. Kalau dah cuba satu memang takkan berhenti makan.
Resipi biskut Jerman, guna 5 bahan
Bahan-bahan
250g mentega
80g gula aising
250g tepung ubi kentang -diayak
160g tepung gandum -diayak
Pewarna -ikut citarasa (resipi asal tanpa pewarna)
Cara membuat
1. Mentega yang sudah dibiarkan pada suhu bilik digaul bersama gula aising. Gaul guna senduk atau spatula saja. Tak perlu gaul hingga kembang, cukup adunan sebati saja.
2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi kentang dan tepung gandum. Gaul dan sebatikan.
3. Bahagikan warna ikut citarasa kemudian simpan doh dalam peti ais selama 10 minit agar mudah dibentuk.
4. Keluarkan doh dari peti ais lalu bentukkan menjadi bulat bulat dan tekan leper menggunakan garfu.
5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu kemudia boleh bakar adunan yang siap dibentuk pada suhu 160-170 darjah Selsius selama 15 minit bergantung kepada oven masing masing.
6. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan.
INFO
-Sukatan ini akan menghasilkan 60 biji biskut, boleh gandakan untuk tambah kuantiti.
-Jangan gantikan tepung ubi kentang dengan tepung ubi kayu dan sebagainya.
Hari raya tinggal beberapa hari lagi. Sempat lagi nak membuat biskut raya ni. Boleh juga bawa pulang ke kampung nanti. Sedapnya Biscoff almond crunchy, rangup-rangup badam, wangi biscoff gerenti tak cukup satu.
Almond Biscoff Crunchy
Bahan-bahan:
500gm mentega
60gm shortening
300gm gula perang
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
200gm biscoff spread
Adun sebati dalam volume slow
Campur
100gm tepung jagung
150gm nestum kisar kasar
1 sudu besar emplek
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar cream of tartar
1 sudu besar soda bikarbonat
60gm susu tepung (nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa)
500gm tepung gandum
300gm badam nibs (sangai dulu, bagi rangup)
200gm butterscotch coklat cip
250gm biscoff crumble
Adun hingga sebati.
Jemput adunan besar duit 5 kupang, tekan dengan garpu bagi ada corak.
Kemudian bakar pada suhu 180c selama 25-30minit atau hingga masak. Ikut oven masing-masing.
Sajian negara Matahari Terbit, Jepun memang terkenal di merata dunia. Di Malaysia pun ada banyak terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dari pelanggan. Hidangan Jepun terkenal dengan sajiannya yang lazat serta mementingkan bahan ramuan yang segar dan berkualiti.
Suka makan makanan Jepun, nah, Min kongsikan 5 sajian dari negara Matahari Terbit. Konnichiwa…
1. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI
BAHAN-BAHAN :
150gm daging lembu | sekeping dihiris nipis
2 sudu makan kicap soya
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh garam
1 sudu makan mentega
2 sudu makan sos teppanyaki
1 sudu teh sos ikan
1 sudu makan serbuk bawang putih
Cara Membuatnya: 1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter. 2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau rata. 3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit. 4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris. 5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu mentega dan bawang putih goreng. 6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan. 7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Kacau goreng Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef:Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
2. MATCHA KASUTERA
BAHAN-BAHAN :
8 biji telur
300 gm gula kaster
200 gm tepung roti | diayak tiga kali
1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
100ml susu
4 sudu makan madu CARA MEMASAK : 1. Sediakan loyang segi empat tepat. 2. Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment. 3. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c. 4. Panaskan susu dan madu. 5. Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu 6. Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati 7. Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati. 8. Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment. 9. Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit. 10. Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk. 11. Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang. 12. Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 1 jam 15 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan
INFO CHEF: Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.
3. SABA SHIOYAKI
BAHAN-BAHAN :
160 gm ikan saba (*sejenis ikan tenggiri di lautan sejuk)
50 gm lemon | dikupas baji
20 gm lobak (radish) | diparut
Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1.Taburkan garam di atas ikan saba dan panggang hingga masak. 2. Panggang ikan dengan menyalakan pembakarnya di bahagian atas gril bahagian dalam ikan, kemudian baru bahagian kulitnya. 3. Hidangkan di atas pinggan bersama lemon, parutan lobak dan serbuk cili Jepun mengikut stail hidangan Jepun.
Saiz hidangan : 1 orang Masa penyediaan : 10 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Sajian Jepun Tradisional Keistimewaan : Kesegaran dan kemanisan ikan sabo lautan sejuk
Info Chef :Ikan ini kaya dengan omega 3. Sajiannya begitu ringkas kerana orang Jepun gemar menikmati kemanisan dan kesegaran ikan asli tanpa ramuan lain .
4. GREEN TEA PASSION YUZU DOME
BAHAN-BAHAN :
Bahan span vanila (acuan bulat 20 sm) :
3 biji telur
80gm gula
100gm tepung
8gm ovelet
25ml air
20ml minyak jagung
Bahan mousse teh hijau:
14gm gelatin
45ml air
2 biji kuning telur
20gm gula
125ml susu
60gm coklat putih
250gm krim putar semi
15gm serbuk teh hijau
45gm air suam
Bahan passion yuzu curd :
100gm puri buah markisa
33 gm puri yuzu *sejenis buah citrus seakan lemon yang ditanam di Jepun
90 gm gula
2 biji telur
2gm tepung jagung
2gm gelatin + 6 ml air ( campuran ini dipanggil water-boom)
CARA MEMASAK : Cara masak span vanilla: 1. Campurkan kesemua bahan span vanilla di dalam mangkuk kecuali minyak jagung. 2. Pukul hingga gebu. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati. 3. Bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Cara masak mousse teh hijau : 4. Boom gelatin, didihkan susu dan campurkan ke dalam kuning telur bersama gula, kacau hingga sebati. 5. Campurkan boom gelatin dan tuang ke dalam coklat putih, kacau sebati. 6. Kemudian tambahkan campuran teh hijau dan kaup balik di dalam krim putar bersuhu 35 darjah celcius. Cara masak choc feullatine : 7. Cairkan mentega koko dengan coklat putih berasingan, kemudian campurkan bersama dan masukkan wafer feullatine. 8. Rata dan padatkan feullatine dan potong saiz 5 sm , untuk ditebarkan atas potongan span vanilla. Bekukan. Cara masak passion yuzu curd : 9. Didihkan buah markisa dan puri yuzu. Campurkan dengan gula, telur dan tepung jagung. 10. Masakkan sebentar, padamkan api dan masukkan boom gelatin dan pekatkan dengan memasukkan mentega dalam suhu 45 celcius. 11. Paipkan ke dalam acuan bentuk sfera bersaiz 4 sm dan biarkan beku di dalam ruang peti beku dalam peti sejuk. Cara masak green mirror glaze : 12. Masak gula, air, glukos di atas api dengan suhu 103 darjah celcius. Campurkan boom gelatin dan kemudian campurkan ke dalam susu pekat manis dan coklat putih. 13. Masukkan beberapa titik pewarna (hijau dan kuning). Biarkan ia menjadi pekat dan masukkan dalam peti sejuk. Penyediaan akhir : 14. Ambil acuan silikon bentuk sfera bersaiz 6 sm dan penuhkan sebanyak 75% dengan mousse teh hijau. 15. Tekankan sekeping passion yuzu curd beku dan tutupkan dengan span vanilla 16. Biarkan sejuk, tanggalkan dari acuan dan cairkan ‘glaze’ (menjadikan kilat) ke suhu 35 darjah celcius dan salutkan mousse berbentuk sfera tadi. 17. Hidangkan yuzu mousse di atas pinggan dan hiaskan bersama buah raspberi dan ais krim vanilla.
Saiz hidangan : 24 ketul Masa penyediaan : 40 minit Cara memasak : Sejuk beku dan dinginkan Jenis masakan : Sajian pencuci mulut Jepun dengan pengaruh Barat. Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk dan lembut.
Info Chef: Sajian pencuci mulut ini menggunakan bahan asas buah markisa dan yuzu (buah citrus seakan lemon) menjadikan ia kaya dengan vitamin A dan C dan berserat.
5. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum
150gm keladi jepun | diparut
10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml air
250 gm kobis | dihiris halus
50 ml mayonis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik. 2 Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati. 3. Panaskan kuali bersama minyak masak. 4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali. 5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan. 6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya. 7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) yang dimasak sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 15minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.