Biskut Datin. Rupa seunik Namanya. Sekali pandang, seakan Kuih Tart kerana mempunyai inti jem nanas tetapi tidak bergulung atau diterap seperti biasanya. Bentuknya seakan doh yang dileperkan kemudian diletakkan jem nanas ditengah-tengahnya. Kemudian dikepit sebegitu rupa. Nampak mudah je. Nak cuba? Saudari Bam Azimadada kongsikan resipinya. Jom mula!
CARA MEMASAK: 1.Ayak tepung kemudian ketepikan. 2. Dalam bekas berlainan, kacau mentega bersama gula. 3. Masukkan esen vanilla dan juga kuning elur. Kacau lagi. 4. Seterusnya masukkan susu pekat manis dan juga tepung yang telah diayak tadi. Uli sebati hingga jadi doh. 5. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan letak di tengah kertas kuih. Tekan doh pada kertas supaya leper. 6. Letak inti jem nanas yang telah dibentuk di tengah-tengah doh. 7. Lipat dua kertas kuih supaya menjadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper. Ulang proses sama hingga habis adunan. 8. Susun dalam loyang dan bakar Biskut Datin ni hingga masak lebih kurang 20 minit (suhu boleh guna anggaran 170C).
Sukun Goreng sememang sangat sedap. Kena pula tepung salutan yang rangup, sukun pun dihiris tidak terlalu tebal, dicicah pula dengan Sambal Kicap. Memang kombinasi yang sangat padan! Agak sukar nak jumpa buah sukun segar? Jangan risau, denagn kemodenan teknologi serta kedai alam maya, anda boleh beli buah sukun secara online. Mudah kan? Jom lah cuba resipi Sukun Goreng perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa ni. Comfirm puas hati.
CARA BANCUH ADUNAN TEPUNG UNTUK MASAK SUKUN GORENG & SAMBAL KICAP SEDAP
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan air sedikit demi sedikit. 2. Kacau dan adun sebati hingga dapat tekstur adunan yang sempurna. 3. Hiris buah sukun mengkut ketebalan yang digemari kemudian celupkan ke dalam adunan tepung.
4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga tepung menjadi keperangan, rangup dan masak sempurna.
NOTA: Jumlah tepung dan bahan-bahan agak-agak sahaja. Pastikan adunan tidak cair dan juga tidak pekat. Sedang-sedang sahaja.
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN: 10 biji cili api merah – goreng 5 biji cili besar – goreng 3 ulas bawang putih – goreng Jus limau nipis Kicap manis – beli online disini Kicap pekat – beli online disini Sedikit air untuk mengisar Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan bahan dan goreng bahan-bahan yang perlu digoreng. Toskan. Boleh jika tidak mahu goreng tapi lebih enak jika dimasak sebentar. 2.Kisar kesemua bahan hingga halus. Tambah garam dan gula secukup rasa. 3. Masak semua sambal kicap sehingga mendidih untuk menjadikan ia tahan lebih lama.
Hidangan nasi lemak dah jadi hidangan biasa, untuk beri kelainan apa kata buat pula nasi lemak cara orang Utara atau dipanggil nasi lemak kuning.
Selain warnanya yang berbeza, cara memasak nasi lemak ini juga ada sedikit kelainan. Ia tak menggunakan santan dan ada bahan yang ditumis dahulu sebelum nasi ditanak. Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian daripada Nor Asiah. Menurut beliau resipi ini daripada arwah ibunya, tapi lain orang lain caranya.
Cara buat nasi lemak kuning Utara
Bahan-bahan
3 cawan beras
*2 tangkai daun kari
*Bawang kecil dihiris
*Bawang putih dihiris
*Halia
*4 rempah sekawan
*Daun pandan
2 sudu Planta
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit
Cara membuat :
1. Tumis bahan bertanda hingga wangi dan kekuningan.
2. Kemudian masukkan air ikut sukatan beras, serbuk kunyit, garam dan sedikit kiub ayam (jika suka).
3. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, boleh masukkan Planta dan tutup periuk, biarkan dalam 4 minit. Kemudian, buka dan kacau rata.
5. Siap untuk dihidang.
Bahan untuk sambal tumis
Cili Kering kisar
Bawang besar dan sedikit belacan (dikisar)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Bawang putih (diketuk)
Nak lagi feel, bungkus dengan plastik dan surat khabar.
Cara membuat:
1. Tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan cili kisar, kacau samapi garing/ naik bau.
2. Masukkan bawang kisar tadi, dan masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.
3. Tumis sampai naik minyak dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan garam.
4. Bila mendidih boleh masukkan apa-apa lauk yang suka seperti udang, ikan bilis, sotong dan sebagainya.
Aroma masakan Malaysia kerap menyelubungi dapur kediaman Safura Tawil walaupun hidup di perantauan . Anak watan Sabah ini kini bekerja di Dublin Ireland sejak tahun lepas dan sebelum ini dari 2016 hingga 2018 pernah menginap di Ottawa, Kanada bertugas sebagai Chef peribadi.
Dia pernah membanggakan Malaysia dengan kejayaannya menjuarai pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 dengan hidangannya yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang. Ceritanya,”Dalam seminggu empat atau lima kali saya pasti memasak masakan kegemaran seperti bubur lambuk, masak kicap, masak merah, masak lemak dan sebagainya. Kebiasaanya kalau pergi ke rumah kawan saya akan bawa masakan Malaysia untuk dikongsi bersama seperti kuih muih atau lauk pauk.
‘Selalu juga bertukar dan berkongsi resipi sesama rakyat Malaysia di sini dan kenalan bukan Malaysia. Bila bersama masakan memang jadi topik perbualan kami.Saya memang selalu berkongsi aktiviti dan mengambil tahu keadaan tanah air walaupun berada jauh di perantauan. Sering juga saya kongsikan gambar atau resipi masakan yang saya buat di media sosial dengan rakan-rakan.”
“Saya juga tidak menyangka ramai yang berminat untuk meminta saya kongsikan resipi bila melihat gambar sajian. Saya berasa seronok dapat berkongsi dengan orang lain, moga ia bermanfaat buat mereka juga. Sehinggakan ada yang menggunakan resipi yang saya kongsikan untuk berniaga. Ia amat menggembirakan kerana saya dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun hanya sekadar berkongsi resipi. Alhamdulillah.” Masakan mengubat rindu
Bagi Safura masakan boleh menjadi platform menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebab tiada batasan bangsa bila menyentuh bab selera. Kita tidak terikat untuk memasak masakan bangsa kita sahaja. Katanya lagi,” Saya selalu juga masak nasi daun pisang sajian orang India, masakan Cina wantan mi.Saya rasa ia sesuatu yang unik buat rakyat Malaysia yang mana kita boleh merasa dan memasak makanan kaum lain sebagai makanan harian.”
Menurutnya bahan ramuan memang mudah dan boleh didapati di Asian Market yang memang banyak di Dublin, Ireland ini. Walau bagaimana pun ada juga barang yang memang tak ada seperti daun kunyit, bunga kantan dan kerisik yang biasa akan saya bawa stok dari Malaysia. Kebanyakan barang-baan dari Thailand dan Indonesia, kadang kala rasanya agar berbeda dari jenama Malaysia. Dia kena pandai memilih barang tersebut yang kena pada citarasa.
.
“Bila dapat memasak masakan Malaysia di luar negara dan dapat memasak dan menjamu orang bukan Malaysia di sini, ia satu perasaan yang bangga kerana dapat memperkenalkan masakan Malaysia kepada orang lain. Kadangkala mereka termasuk orang Ireland meminta resipi untuk dicuba sendiri.
Ada pulak yang mengambil dari fb dan ig saya. Dapat menikmati makanan Malaysia di luar negara adalah satu perasaan yang sangat menggembirakan dan terasa seperti berada di negara sendiri dan sudah tentulah dapat mengubat rindu pada tanah, “akhirinya melalui emel yang dikirimkan.
Jom kita semak dua resipi masakan Malaysia kegemaran Safura Tawil :
IKAN PATIN TEMPOYAK ALA PAHANG
BAHAN-BAHAN :
1ekor ikan patin (saiz sederhana) 1 cawan tempoyak 10 biji lada ( atau ikut citarasa) 1 inci kunyit hidup (Kisar kunyit dAn lada) 2 keping asam gelugor 1 biji timun kuning (di potong kecil) 2 kuntum bunga kantan (di belah empat 5 tangkai Daum kesum Garam ecukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Mula-mula, tumbuk cili padi dengan menggunakan lesung batu atau kisarkan dengan sedikit air. Sendukkan cili yang ditumbuk dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian, campurkan dengan tempoyak dan kacau sehingga sebati. 2. Seterusnya, tuangkan 1 liter air biarkan sehingga ia mendidih. 3. Apabila campuran bahan mula mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. Pastikan periuk ditutup dan tunggu sehingga ikan betul-betul masak serta kuah berkurangan. 4. Akhir sekali, masukkan dan kacau daun kesum bersama asam gelugor/keping, bunga kantan serta timun kuning. Biarkan kuah merenih pada api sederhana selama 2-3 minit.Perasakan dengan garam dan gula. 5. Tutup api apabila ia sudah masak dan sedia dihidangkan bersama nasi.
SAYAP (KEPAK) AYAM ALA SABAH
.
BAHAN-BAHAN : 2 kg sayap ayam ½ cawan madu ½ cawan cuka ½ kicap 1 cawan gula Sedikit pewarna oren Garam secukupnya
Bahan kisar: 2 labu bawang putih 4 batang serai 1 inci kunyit hidup.
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan kepak ayam dengan bahan kisar. 2. Tambahkan pewarna oren untuk lebih menarik. Kemudian campurkan madu, cuka, kicap, gula dan garam. Perap semalaman. 3. Bakar sehingga masak. Biarkan ia masak berjus. Usah terlebih bakar.