Resipi Biskut Datin. Mirip Macam Tart Nanas Tapi Berbeza

Share

Biskut Datin. Rupa seunik Namanya. Sekali pandang, seakan Kuih Tart kerana mempunyai inti jem nanas tetapi tidak bergulung atau diterap seperti biasanya. Bentuknya seakan doh yang dileperkan kemudian diletakkan jem nanas ditengah-tengahnya. Kemudian dikepit sebegitu rupa. Nampak mudah je. Nak cuba? Saudari Bam Azimad ada kongsikan resipinya. Jom mula!

 

CARA MEMBUAT BISKUT DATIN SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung kek/superfine (boleh guna tepung biasa + 1 sudu teh baking powder)beli online disini


1/2 cawan gula halus/kastor beli online disini
1 cawan buttercup (250gm) beli online disini
3 sudu makan susu pekat manis beli online disini
1 sudu teh esen vanilla beli online disini
2 biji kuning telur (empunya resipi guna 1 biji sahaja)
Jem nanas secukupnya beli online disini
Kertas kuih (paper cup) beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Ayak tepung kemudian ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, kacau mentega bersama gula.
3. Masukkan esen vanilla dan juga kuning elur. Kacau lagi.
4. Seterusnya masukkan susu pekat manis dan juga tepung yang telah diayak tadi. Uli sebati hingga jadi doh.


5. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan letak di tengah kertas kuih. Tekan doh pada kertas supaya leper.
6. Letak inti jem nanas yang telah dibentuk di tengah-tengah doh.

7. Lipat dua kertas kuih supaya menjadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper. Ulang proses sama hingga habis adunan.
8. Susun dalam loyang dan bakar Biskut Datin ni hingga masak lebih kurang 20 minit (suhu boleh guna anggaran 170C).

Kredit resipi & foto: Bam Azimad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur