Resipi Biskut Florentine Yang Crunchy Untuk Kudapan Hari Raya, Buatnya Kejap Je

Share

Biskut Florentine memang biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan Dayah Lee

Bakar guna air fryer sahaja.

RESIPI BISKUT FLORENTINE

BAHAN-BAHAN:

200 gm tepung florentine
100 gm almond flakes
100 gm kuaci labu
100 gm sunflower seed
2 sudu besar black sesame

CARA MEMBUAT:

1. Bakar semua kacang suhu 160c selama tiga minit.

2. Gaul rata semua bahan bersama tepung florentine dalam satu bekas.

3. Masukkan satu sudu ke dalam setiap cawan acuan.

4. Bakar dengan suhu 160C selama 7 minit.

5. Selepas bakar, tunggu sejuk. Keluarkan dari acuan. Bolehlah susun di dalam balang kuih.

 

Sumber kredit: Dayah Lee

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Has