Resipi Biskut German Cookies Paling Mudah, Guna 5 Bahan Je.

Share

Comelnya Biskut German Cookies ni. Kalau nak tahu, ini adalah salah satu biskut raya yang sangat mudah nak buat. Kalau buat ni, budak-budak yang datang beraya pasti suka. Rasanya pun sedap dan ala-ala cair di mulut gitu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cuba resipi perkongsian saudari Azura Felula

ni.

 

GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm mentega
  • 375gm tepung kentang/potato starch
  • 200gm tepung gandum
  • 100gm gula aising – diayak
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum. Ayak dan ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap.
  3. Bahagikan doh kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
  4. Ambil sedikit adunan kemudian bulat-bulatkan.Susun atas dulang pembakar.
  5. Guna garpu dan tekan atas bebola doh tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 20 minit.
  7. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Azura Felula

Published by
Nur