Ada yang teringin nak biskut? Bolehlah membakar biskut-biskut pilihan. Kalau suka tidak semestinya tunggu musim perayaan. Boleh saja dibuat pada bila-bila masa. Biskut yang dikongsi oleh Watie ini hanya menggunakan empat bahan. Tukar sikit rasa, sedap seperti Biskut Arab.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung jagung 1/2 susu pekat manis (kalau nak manis boleh letak 1 cawan) 1/2 buku butter (cairkan) 4 sudu teh minyak sapi
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan tadi. 2.Gaul rata-rata dan uli menjadi doh. 3.Kemudian terpulang nak buat bentuk bulat atau sebagainya.
Bukan orang lama je ye suka Kuih Batang Buruk, yang muda pun ramai suka. Harga pun setiap tahun naik, seiringan dengan harga barang-barang yang terus naik. Apa kata kita cuba buat sendiri.
Nampak mudah cara membuat dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Jadi bolehlah kita sama-sama membuatnya sendiri. Mula cuba dulu, kalau menjadi boleh buat untuk raya, bolehlah jimat.
BUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800gm gula aising
2 biji putih telur (pelekat)
Straw saiz besar
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
Potong kulit popia memanjang seperti dalam gambar mengikut ukuran menggunakan pembaris.
Tarik sehelai sehelai lapisan kulit popia yang telah digunting tadi. kemudian gulung pada straw gunakan putih telur sebagai pelekat atau gunakan bancuhan tepung gandum.
Buat sampai habis, kemudian jemur lebih kurang 10-15 minit. Atau hingga kulit popia keras dan straw boleh dicabut. Ketepikan.
Sangai tepung kacang hijau lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana. Tujuannya untuk wangi, tahan lama dan ringan. Angkat dan sejuk.
Setelah sejuk campurkan gula aising, gaul rata supaya sebati.
Panaskan minyak dan goreng kulit popia hingga kekuningan, angkat dan toskannya.
Setelah sejuk, sumbat dengan campuran tepung kacang hijau dengan gula hingga siap.
Ada setengah orang tak sumbat campuran tepung kacang hijau, sebaliknya gaulkan saja hingga rata. Terpulang pada cita rasa.
Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 2kilo setengah.
Kredit resipi: Ruzita Hashim melalui FB Resipi Dapur Kak Chah.
Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Bolehlah cuba untuk hidangan tetamu raya ni.
KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila
2 biji telur grade A
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
Pukul telur sampai berbuih.
Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
Masukkan esen vanila.
Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Pernah rasa kuih yang satu ni? Ada yang memanggilnya kuih lidah buaya atau Kuih tiram. Rasa rangup dan manis boleh buat korang tak henti nak menikmatinya. Boleh juga buat untuk raya nanti.
Bahan doh..
1kilo tepung gandum
1cawan tepung ubi
1biji telur
Air utk mengguli
Sedikit garam..
Bahan utk sapuan…
*2sudu mkn butter
*5sudu mkn minyak masak
7sudu mkn tepung jagung
Bahan salut
Gula kastor
Cara membuat bahan doh..
Satukan tepung gandum.. Tepung sagu dan telur uli bersama air garam sehingga menjadi doh.. Bahagikan doh kepada 8 bahagian
Cara membuat bahan sapuan
Panaskan bahan yg bertanda*
Kemudian curah kedalam tepung jagung
Kacau rata..
Cara membuat kuih
Ambil seketul doh canai nipis
Kemudian sapukan bahan sapuan rata2
Gulung doh yg telah disapu td
Setelah gulung potong lebihkurang 1/2 inci secara menyerong.. Canai sekali lg
Buat sampai habis kemudian goreng..
Setelah sejuk salut kuih dgn gula kastor
Siap! Simpan dlm bekas kedap udara.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.