Ada yang teringin nak biskut? Bolehlah membakar biskut-biskut pilihan. Kalau suka tidak semestinya tunggu musim perayaan. Boleh saja dibuat pada bila-bila masa. Biskut yang dikongsi oleh Watie ini hanya menggunakan empat bahan. Tukar sikit rasa, sedap seperti Biskut Arab.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung jagung
1/2 susu pekat manis (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
1/2 buku butter (cairkan)
4 sudu teh minyak sapi
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan tadi.
2.Gaul rata-rata dan uli menjadi doh.
3.Kemudian terpulang nak buat bentuk bulat atau sebagainya.
4. Bakar dan siap untuk dihidang.
Kredit : Watie Aiman
#mahn
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini .
https://www.rasa.my/kek-span-vanila-ikut-sukatan-cawan/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muffin Mudah & Gebu Sedap Dari Adriana Cakes House. No 3 Tu Resipi Asas Muffin.
Rasa sama macam kek, tapi comel dan mudah dimakan di mana jua. Itulah kelebihan muffin. Gebu dan lembut, makanan kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa.
Cuti hujung minggu ni bolehlah cuba resepi Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House ini. Gerenti sedap dan gebu.
KEK MUFFIN COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 1 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan serbuk koko | diayak
- 1 cawan gula kastor
Bahan B:
- 1 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur saiz A
Bahan buttercream coklat :
- 100 gm krimwell
- 100 gm shortening
- 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
- Pewarna jika perlu
- ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
- Sedikit perasa coklat/ pes coklat
CARA MEMASAK :
1. Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan.
2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar.
3. Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi.
4. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati.
6. Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit.
7. Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream.
Topping buttercream coklat :
Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.
Saiz hidangan: 20 biji kek cawan
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.
KEK MUFFIN VANILLA
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 1 1/4 cawan tepung kek | diayak
- 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh garam
- 2 biji telur telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Bahan butter cream:
- 100 gm krimwell
- 100 gm shortening
- 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
- Pewarna jika perlu
- ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi
hingga sebati.
4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati.
5. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
6. Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias.
Buttercream:
1. Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.
Saiz hidangan: 16 biji kek
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu
Anggaran kos: RM15
INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.
Yang dibawah ini pula resipi asas membuat muffin. Jika anda suka yang ‘plain’ sahaja inilah resepi mudahnya.
PLAIN MUFFIN
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum | diayak
- 1 1/4 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan gula kaster
- 1 biji telur (saiz A) | dipukul ringan
- 1 cawan susu
- 1/4 cawan mentega yang telah dicairkan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah Celcius.
2. Griskan dulang acuan muffin.
3. Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula di dalam mangkuk.
4. Masukkan telur, susu, dan mentega, kacau rata, larutan bater ini tidak cair.
5. Sudukan ke dalam dulang pembakar muffin, isikan 2/3 sahaja untuk ruang mengembang.
6. Bakar selama 20-25 minit.
TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOUSE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut
Kredit foto & resipi Plain Muffin : Epicurious.com
Buat Jamu Tetamu Atau Menu Potluck Dengan Chocolate Heaven Muffin
Muffin memang sesuai dibuat untuk minum petang ataupun dihidangkan untuk acara jamuan. Bukan sahaja kanak-kanak, malah dewasa pun turut menyukainya. Chocolate Heaven Muffin ini kaya dengan rasa koko dan cip coklat. Memang sedap.
Kali ini, Fainda Farahin Fainda Farahin sudi berkongsikan resipi untuk membuat Chocolate Heaven Muffin yang mudah dan sedap ini. Sesuai dihidangkan buat tetamu pada musim perayaan mahupun untuk acara jamuan kelas anak-anak. Jom kita buat.
CHOCOLATE HEAVEN MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
(Bahan A)
2 biji telur
100gm minyak jagung – Boleh beli online di sini
150gm gula perang – Boleh beli online di sini
130gm susu segar – Boleh beli online di sini
Esen vanila
(Bahan B)
200gm tepung gandum – Boleh beli online di sini
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Chocolate chip – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua Bahan A. Gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.
Masukkan Bahan B. Gaul sehingga rata, tapi jangan terlalu lama.
Masukkan sedikit chocolate chip dan selebihnya letak di atas muffin.
Sendukkan 3/4 ke dalam muffin cup, taburkan chocolate chip mengikut cita rasa anda.
Bakar dengan suhu 200°C selama 30 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.
Selamat mencuba.
Kredit: Fainda Farahin Fainda Farahin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cuaca Panas Begini, Nikmatnya Dapat Air Longan Herbs Tanpa Soda
Paprik Ayam, Satu Lauk Dah Cukup Buat Makan Bertambah-Tambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Putu Kacang Hijau @ Koya. Kuih ‘Legend’ Ni Guna Dua Bahan Aje .
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Sesuai dihidang di Hari Raya, di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
- 1 kg kacang hijau
- 1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
- Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
- Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
- Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
- Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
- Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
- Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Sumber : FB :Pen Hitam Dot Com