Resipi biskut Jerman atau German cookies ini antara yang biskut yang senang untuk dibuat dan digemari anak-anak.

Ini kerana rasanya yang sedap manis serta rapuh dan bila dimakan ianya cair di mulut. Kalau dah cuba satu memang takkan berhenti makan.

Resipi biskut Jerman, guna 5 bahan

Resipi Biskut Jerman Yang Senang Buat, Sedap Rapuh Cair di Mulut

Ads

Bahan-bahan

250g mentega
80g gula aising
250g tepung ubi kentang -diayak
160g tepung gandum -diayak
Pewarna -ikut citarasa (resipi asal tanpa pewarna)

Cara membuat

1. Mentega yang sudah dibiarkan pada suhu bilik digaul bersama gula aising. Gaul guna senduk atau spatula saja. Tak perlu gaul hingga kembang, cukup adunan sebati saja.

2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi kentang dan tepung gandum. Gaul dan sebatikan.

3. Bahagikan warna ikut citarasa kemudian simpan doh dalam peti ais selama 10 minit agar mudah dibentuk.

Resipi Biskut Jerman Yang Senang Buat, Sedap Rapuh Cair di Mulut

4. Keluarkan doh dari peti ais lalu bentukkan menjadi bulat bulat dan tekan leper menggunakan garfu.

5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu kemudia boleh bakar adunan yang siap dibentuk pada suhu 160-170 darjah Selsius selama 15 minit bergantung kepada oven masing masing.

Ads

6. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan.

INFO

-Sukatan ini akan menghasilkan 60 biji biskut, boleh gandakan untuk tambah kuantiti.

-Jangan gantikan tepung ubi kentang dengan tepung ubi kayu dan sebagainya.

Ads

Kredit resipi & foto: Nur Aisha

Baca Lagi: Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Raya

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI