Biskut Kacang Peas memang sangat sedap dan merupakan salah satu biskut raya yang jadi kegemaran ramai. Sangat ringkas sahaja resipi biskut ni. Rasanya yang lemak, rangup dan tidak terlalu manis, membuatkan rasa tak jemu menikmatinya. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah. Saudari Afieza Ariffin ada kongsikan resipinya. Sangat berbaloi untuk dicuba sempena Aidilfitri tahun ni. Pasti lebih meriah raya anda. Buat sendiri ni lebih jimat. Sekali buat dapat berbalang-balang. Jom cuba!
CARA MEMBUAT BISKUT KACANG PEAS SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang peas kisar
1 kg tepung gandum – beli online disini
3 cawan @ 500gm gula icing – beli online disini
700ml/gm minyak mazola – beli online disini
1 sudu kecil garam halus – beli online disini
Telur kuning & campur sedikit pewarna kuning untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Di dalam bekas, campurkan garam bersama tepung kacang peas. Gaul.
2. Masukkan tepung gandum dan juga gula.
3. Gaul sebati hingga seperti ini.
4. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
5. Bila doh sudah sempurna, boleh guna sudu untuk membentuk kuih atau boleh juga guna apa-apa acuan yang digemari. Susun dalam dulang pembakar.
6. Tekan bahagian tengah menggunakan straw besar dan sapu bancuhan kuning telur.
7. Bakar biskut selama 15 minit atau sehingga masak. (boleh guna suhu 170C)
Kredit resipi & foto: Afieza Ariffin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official