Resipi Biskut Makmur Susu Sedap Tanpa Oven

Share

Terasa nak makan Biskut Makmur Susu tapi tak ada ketuhar? Usah sedih…Anda masih boleh buat biskut yang dihajati. Tak perlu bakar pun malah bahan yang digunakan pun sangat mudah. Guna 4 bahan sahaja! Menurut empunya resipi saudari Mariatun Bibi, biskut ni sangat senang dan pastinya cair di mulut. Jom cuba!

RESIPI BISKUT MAKMUR SUSU TANPA BAKAR

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Goreng tepung tanpa minyak. Kacau hingga kekuningan namun jangan sampai hangit. Angkat dan letak dalam bekas ata besin bersesuaian.

2. Seterusnya cairkan planta bersama minyak sapi. Bila dah cair, biarkan sejuk.

3. Masukkan gula kastor ke dalam tepung. Gaul rata. Jika rasa kurang manis, boleh tambah jumlahnya. 

Seterusnya masukkan campuran plantan dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.

4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.

5. Bila adunan habis dikepal, salut biskut tadi ke dalam bekas berisi susu tepung hingga rata.

6. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariatun Bibi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina