Tak lama lagi Hari Raya bakal menjelma, tak lengkap rasanya kalau tak buat biskut raya kan? Jomlah buat Biskut Makmur, antara biskut yang menjadi kegemaran ramai. Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini. Jangan lupa gunakan Anchor Unsalted Butter, mentega yang diperbuat 100% daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Tak cukup makan satu, tahu-tahu dah habis sebalang biskut.
BISKUT MAKMUR
Bahan-Bahan:
- 300gram tepung gandum – sangai
- 90gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
- 50gram Fernleaf Susu Tepung
- 50gram gula kastor
- Minyak jagung secukupnya
- Gula aising secukupnya
Bahan-Bahan Inti:
- 200gram kacang tanah – sangai, buang kulit & kisar tidak terlalu halus)
- 120gram gula kastor
- Mentega cair secukupnya
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum bersama gula kastor, Fernleaf Susu Tepung dan Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan. Gaul rata. Tambah sedikit minyak jagung (secukupnya) lalu gaul menjadi adunan yang boleh dibentuk. Ketepikan.
- Untuk membuat inti; satukan kacang tanah yang telah disangai dan dikisar dengan gula kastor. Tambah 1-2 sudu makan (atau secukupnya) mentega cair lalu gaul sebati. Kepal-kepalkan kecil.
- Untuk membuat biskut; ambil sesudu adunan doh tepung tadi, bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari. Tekan sedikit doh lalu masukkan inti kacang. Tutup inti dan bulat-bulatkan doh rapi.
- Susun doh dalam dulang pembakar yang telah dipanaskan pada suhu 160C lalu bakar selama 20-25 minit.
- Setelah biskut masak, sejukkan di redai. Setelah biskut benar-benar sejuk, salut biskut dengan gula aising.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: