Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi biskut yang enak, ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
1/2 cawan gula icing – diayak
2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
1 cawan minyak jagung
Ads
BAHAN HIASAN:
Kuning telur secukupnya
Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
Ads
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut
60 gm tepung gandum (1/2 cawan)
80 gm gula pasir (3/4 cawan)
*gula halus pon boleh asal bukan gula batu
p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 :
Pukul telur bagi berbuih macam ni dengan whisk. Whisk tangan je dulu pon boleh.
LANGKAH 2 :
Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu buat teknik double boiler. Kacau selalu sehingga suam telur tadi. Dah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi dan masukkan gula.
LANGKAH 3 :
Setelah masukkan gula, kacau dengan whisk electric. Pukul hingga gebu.
LANGKAH 4 :
Setelah adunan menjadi gebu, berhenti memukul. Untuk memastikan adunan telah gebu atau belum, uji dengan menggunakan pencungkil gigi. Kalau lidi tegak terpacak, maknanya adunan telah kembang sepenuhnya dan boleh berhenti memutar.
LANGKAH 5 :
Masuk tepung yang dah diayak. Gaul guna spatula.
LANGKAH 6 :
Gaul sampai sebati. Nampak macam licin macam nya haaa. Omputih panggil “ribbon stage” gittchuuu.
LANGKAH 7 :
Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama selama 10 minit sebelum dimasukkan kek. Letak loyang di rak tengah, menggunakan api atas bawah.
Dah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap seperti dalam gambar. Tujuan dia bagi kek tak kering. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk.
LANGKAH 8 :
Untuk filling, terpulang mengikut citarasa. Boleh letak jem, nutella atau buttercream. Resipi ini menggunakan fresh cream Vivo. Caranya ialah putaer fresh cream hingga gebu. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu.
LANGKAH 9 :
Sapu fresh cream hingga rata dan tidak terlalu tebal. Kerana jika terlalu tebal, kek susah untuk digulung. Tabur chocolate rice jika suka.
LANGKAH 10 :
Gulung dengan berhati-hati dan tidak tergopoh gapah. Balut kek dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong. InsyaAllah jadi comey macam ni. Tak merekah. Tak pecah.
Jika tiba-tiba teringin nak makan kek tetapi bahan tidak cukup, boleh cuba Kek Milo 3 bahan yang viral ni. Cuma ini adalah versi bakar dan tidak dikukus. Caranya sangat mudah malah hasilnya juga sedap dan guna bahan yang ringkas sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sara Vee ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT KEK MILO 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 cawan milo
2 sudu makan susu pekat
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dan pukul (mixer) selama 3 minit.
2.Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
Rasa penuh bercoklat mampu menjadi terapi minda setelah penat dengan urusan kerja dan rutin seharian. Manis dengan rasa Milo yang enak.
Resipi ini tidak menggunakan tepung gandum dan bahan-bahan pun ringkas sahaja. Selain Milo boleh aje menggunakan minuman koko yang lai seperti Ovaltine atau Vico.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.