
Biskut mazola sekarang ni ada macam-macam bentuk. Tapi yang paling legend mestilah yang bentuk bulat siap berkacang di atasnya. Jom try buat. Nanti nak raya boleh buat.
BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan
• 1 cawan kacang tanah dikisar
• 3/4 cawan gula aising
• 2 cawan tepung gandum
• Sedikit garam
• 3/4 cawan minyak masak
• Sebiji kuning telur
• Pewarna kuning
Caranya
1. Satukan bahan kering iaitu kacang, gula aising, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan mengikut acuan kesukaan. Sapukan kuning telur dan hias dengan lebihan kacang.
4. Bakar pada suhu antara 160°C hingga 180°C selama 20 minit.
Resipi Oleh Nur Fuziana Saad dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Japanese Cotton Cheese Cake Lelaki Ini Dikongsi Ribuan Wanita. Mesti Sedap tu!

Isi Kandungan
ToggleKek keju sememangnya antara kek yang paling digemari ramai. Pun begitu kalau tak kena cara buatnya, kek jadi keras dan pastilah tak sedap. Untuk anda yang tercari-cara resipi Japanese Cotton Cheese Cake, ini satu lagi cara yang boleh anda cuba. Resipi yang dikongsi oleh Azizi Rais di laman FB, telah dikongsi hampir 3000 peminat kek dan wanita yang suka baking. Kek ini diberitahu sangat moist, spongy dan boleh menari gedik kalau digoyangkan. Wah bungyinya memang sungguh mengujakan. Inilah kejadian kek yang jadi idaman setiap penggemar kek atau baker dan homebaker. Jom kita cuba jom.
JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 6 bj telur ( asingkan kuning dan putih )
- 60 gm self raising flour
- 20 gm corn flour
- 100 gm icing sugar
- 100 ml fresh milk
- 50 gm butter
- 250 gm cream cheese
CARA MEMBUAT:
- Satukan cream cheese, butter, fresh milk.. cairkan menggunakan api yang sangat perlahan. ( sy gunakan microwave ja…1 minit…setel ! )
Kacau sebati sehingga cream cheese tadi cair dan sebati menjadi adunan likat dan tidak berketul. - Masukkan kuning telur.. dan kacau sebati.. ( pakai sendok ja..) dan masukkan tepung2 ..dan gaul sebati lagi. ( jgn overbeat ).
- Pukul putih telur separuh kembang…selepas itu masukkan icing sugar dalam putih telur tadi sambil pukul sampai kental .
4. Masukkan 1/3 daripada putih telur tadi dalam adunan. Kacau sebati ( guna sendok dan kacau 1 arah saja ) kalau buat 2 adunan.. gunakan mangkuk besar.. Gunakan tangan untuk gaul. Kemudian. masukkan lebihan putih telur dalam adunan. Kacau sampai semua sebati ( kaup balikkan )
5. Tuang adunan dlm loyang yang dilapik dengan parchment paper @ kertas minyak. ( jgn gris loyang tersebut ! )
6. Letakkan dalam tray.. dan tuangkan air panas ke dalam tray tu ( water bath )
7. Bakar suhu 160’c selama +- 45 ke 1 jam.. atau bahagian atasnya sudah golden brown. Boleh juga diuji dengan cucuk lidi..
TIP DRP ARIS AZIZ:
- Biarkan pintu oven terbuka sikit slps masak… slps 30 mnt..br kluarkan ( xnak kek tu terkena strok perubahan suhu ) .
- Bila dah betul2 sejuk .. br kluarkan dr loyang ..cuba goyangkan.. kek tu akan kelihatan bergegar ..
- Lebih mudah dipotong jika sudah disejukkan semalaman… ataupun dipotong menggunakan pisau yg direndam dgn air panas..
Selamat mencuba !
Lihat juga resipi ini: http://www.rasa.my/kek-keju-jepun-yang-gebu-terus-terdiam-bila-masuk-dalam-mulut/
LAGI INFO BERGUNA YANG BOLEH MEMBANTU:
Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
* Untuk mengelakkan kek mengecut tiba-tiba, biarkan ia berada dalam oven selepas masak untuk seketika (dalam 20 minit). Biarkan pintu oven terbuka sedikit. Kek ini akan masak sekiranya ia lekang dari loyang.
* Kek ni pun tricky di bahagian meringue dia. Kalau tak jadi kat meringue tu, kek takkan gebu.
Kek Pandan Gula Melaka Pencuci Mulut Yang Sedap Dimakan Masa Moreh.

Kek yang sedap dengan aroma daun pandan yang segar dan rasa gula Melaka pada buttercream menambahkan kelazatan rasanya. Lembut manis memang sedap dijadikan pencuci mulut mahupun untuk dimakan masa moreh di bulan Ramadan nanti.
Paling lazat buttercream frosting di atasnya turut diberi rasa karamel pandan yang dititiskan sedikit di atasnya. Jom kita ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Huzzaeen Rosli ini.
KEK PANDAN GULA MELAKA
BAHAN KEK:
- 200gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 125gm unsalted butter
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 200gm gula castor
- 2 biji telur gred A
- *75gm santan kotak
- *25gm air
- *2 sudu besar jus pandan
- *pewarna hijau
- (*campur sekali)
CARA MEMBUAT:
- Panaskan oven.
- Ayak tepung dan baking powder.
- Pukul mentega, vanilla dan garam hingga kembang.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga gebu.
- Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
- Masukkan campuran santan, air, jus pandan dan perwarna.
- Masukkan tepung dan gaul sebati.
- Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dalam acuan dan bakar sehingga masak. Suhu 160c selama 25 minit.
GULA MELAKA SWISS MERINGUE BUTTERCREAM FROSTING
BAHAN KARAMEL:
- 50gm gula Melaka dihancurkan
- 2 helai daun pandan
- 1/8 cawan air
CARA MEMBUAT:
- Untuk menyediakan karamel, campurkan gula melaka, daun pandan dan air dalam periuk.
- Masakkan sehingga gula larut.
INFO: Sediakan awal dan biarkan sejuk.
BAHAN BUTTERCREAM:
- 3 biji putih telur
- 110gm gula castor
- 150gm unsalted butter
- Secubit garam
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT:
- Campurkan putih telur, gula dan garam dalam bekas kalis panas dan boiler. Pastikan gula larut..
- Pukul adunan telur hingga kental.
- Perlahankan mixer dan campur mentega sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
- Campurkan karamel gula melaka dan pukul hingga sebati. Boleh tinggalkan baki sedikit jika suka.
- Sedia dipaipkan ke atas kek.
*Baki gula karamel boleh dititiskan dititiskan atas permukaan kek (butter cream) untuk rasa lebih ummph.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Puan Huzzaeen Rosli
FB : Huzzaeen Rosli
Jejaka Ini Kongsi Cara Buat Kek Span Pandan Paling Mudah & Dijamin Menjadi! Boleh Pakat Cuba.
Jom Cuba Resipi Sandwich Cheesecake Yang Mudah & Senang

Sebelum ini, menu cheesekut dan juga cheesecake popular di kalangan penggemar pencuci mulut. Nah, muncul pula menu baru iaitu Sandwich Cheesecake daripada saudara Muhammad Ali.
Cara buat pun mudah saja. Bolehlah mak-mak lakukan aktiviti memasak bersama dengan anak-anak di rumah.
RESEPI SANDWICH CHEESECAKE MR.ALI
*Guna loyang 6 inci : dapat 4 bahagian
BAHAN-BAHAN
8 keping biskut (Saya pakai Jacobs. Kalau pakai biskut yang lagi kecil, akan dapat lebih dari 4 bahagian) – beli online DI SINI
250 gram cream cheese
150 gram dairy whipping cream
50 gram gula icing – beli online DI SINI
1 sudu kecil essen vanilla – beli online DI SINI
25 gram oreo yang dihancurkan @ 125gm coklat yang dicairkan
TONTON Let’s Cooking: Brownies Cream Cheese
TONTON Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips: Kek Butter
CARA- CARA:
1.Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.
2. Letakkan 4 biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller/peti sementara buat lapisan mousse.
*ada 2 perisa, boleh pilih mana-mana
PERISA OREO
CARA-CARA:
1.Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit, henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul beat sampai sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
3. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.

4. Masukkan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana. Sebagai perisa sahaja.
5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
PERISA CHOCOLATE
CARA-CARA:
1. Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit. Henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul sampai sebati.
2. Dah sebati, masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Pukul sebati. Dah sebati, berhenti.
3. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
4. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
*gula atas tu pakai dusting sugar, baru dia tak menyerap, kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing.
Kredit resipi: Muhammad Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Sarang Semut Kukus Sempurna Kejadian, Memang Ketagih Nak Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: