Resipi biskut mazola tanpa telur, sedap dan mudah. Dah hampir seminggu puasa, jadi ramai yang mula nak buat biskut raya sikit-sikit kan bila masa terluang.
Nak buat sekali gus kadang tak larat juga kan. Apatah lagi yang bekerja. Hari cuti baru boleh buat.
Okay, resipi biskut Mazola yang dikongsikan oleh puan Anas Heshlee ini tak menggunakan telur. Boleh cuba versi ini ye. Tak kurang sedapnya tau.
1cawan kacang tanah
2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
Secawan gula icing (tak nak manis letak 3/4) – boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Sesudu kecil baking powder – boleh beli online di sini
Minyak masak (tak kira minyak Mazola, jagung atau sebagainya. Ikut bajet)
Kacang tanah itu disangai dahulu dan dikeringkan. Kemudian kisar kering. Tapi jangan halus sangat. Kulit tidak perlu dibuang. Sebenarnya biskut lebih cantik warna nya jika ada kulit.
Gaul kesemua bahan kering hingga sekata. Kemudian letak minyak sikit demi sedikit sampai adunan tak lekat di tangan.
Jenis minyak terpulang pada bajet. Tak kira minyak mazola ke..minyak jagung ke..minyak masak ke..terpulang..sedap je.
Kemudian tekap mengikut acuan yang dikehendaki. Letak di atas dulang bakar. Bakar suhu 170 20/25 minit.
Sebelum bakar sapukan kuning telur + pewarna kuning telur.
Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official