Biskut Sarang Semut ini antara sajian biskut raya yang selalu ada di meja tatkala Syawal. Rasanya yang berlemak, lembut berderai memang sedap saja bila masuk ke mulut.
Semudah menikmatinya, biskut sarang semut ini juga antara yang senang untuk disediakan. Cuma yang diperlukan adalah kesabaran untuk menekan atau memarut doh.
Tapi ada tip mudah yang dikongsi oleh peniaga biskut sarang semut untuk memudahkan kerja membuat biskut ini. Resipi dan panduannya dikongsi oleh Puan Nur Aifa Nur. Selain itu resipi biskut sarang semut ini juga tidak menggunakan telur.
Bahan A
60g mentega
40g gula aising
1tsp esktrak vanila
Bahan B (satukan dan ayak)
60g tepung gandum
40g tepung kastard
1 tsp baking powder
Hiasan
Coklat rice
2. Tambah Bahan B dan gaul sampai jadi doh.
3. Tak perlu keraskan dalam peti sejuk untuk diparut, boleh terus tekan pada penapis teh untuk lebih mudah.
Penapis ini diperbuat daripada kain net dan ring penegang kain (perkakas jahit sulam). Memang memudahkan kerja membuat biskut sarang semut.
4. Selepas selesai menekan menggunakan doh barulah ceduk untuk dimasuk dalam paper cup.
5. Masukkan penuh-penuh dalam paper cup kerana selepas dibakar biskut akan mendap. Tapi jangan risau bila masak masih nampak tekstur berderainya.
6. Kemudian boleh tabur coklat rice atau edible manik warna warni.
7. Bakar ikut suhu oven masing-masing.
Untuk lebih sedap, boleh gunakan mentega pure (Anchor, SCS, Golden Churn) dan gunakan vanilla ekstrak bukan esen vanilla. Supaya warnanya menarik tambah pewarna kuning telur semasa mengadun bahan A.
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!
Sumber: Nur Aifa Nur