Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya untuk tahun ini? Maklumlah, Ramadan bakal menjelang bermakna Hari Raya Aidilfitri pun bakal tiba. Salah satu biskut popular yang boleh dicuba adalah Biskut Snow Almond perkongsian saudari Puan Eha. Mudah buat dan rasanya sedap. Selamat mencuba!
RESIPI BISKUT SNOW ALMOND
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan A. Gaul sekata. Ketepikan.
2. Dalam bekas adunan, kacau buttercup, gula dan telur hingga sebati. Masukkan badam nips. Gaul lagi hingga sekata.
3. Masukkan campuran tepung ( bahan A) sedikit demi sedikit. Adun hingga jadi doh.
4. Leperkan doh dan potong petak. Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas @ dioles dengan marjerin.
5. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Bila masak, sejukkan terlebih dahulu.
6. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil. Tambahkan cocoa butter. Kacau sebati.
7. Ambil biskut yang telah disejukkan tadi, celupkan dalam coklat dan salutkan dengan serbuk roti. Biarkan ‘set’ seketika.
8. Simpan biskut dalam balang kedap udara.
Kredit resipi & foto: Puan Eha
ANDA JUGA BOLEH CUBA: