Biskut Suji Kristalni antara biskut raya lama yang menjadi kegemaran ramai dan wajib ada bila tibanya lebaran. Rasanya yang lemak-lemak bersusu dan cair dimulut bila dimakan membuatkan ramai yang menggemari rasanya. Warnanya juga cantik. Maka tidak hairanlah kanak-kanak pun tertarik untuk mencubanya. Saudari Nor Haslina Md Nor ada kongsikan resipi Biskut Suji Kristal yang selalu beliau guna. Memang terbaik resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1.Ayakkan tepung red rose bersama tepung jagung. Ketepikan.
2.Satukan serbuk badam, gula aising dan garam. Gaul sebati.
3.Kemudian masukkan minyak sapi. Gaul lagi hingga sebati dengan menggunakan senduk sahaja.
4.Kemudian masukkan tepung-tepung yang telah diayak tadi. Uli sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung red rose sikit demi sedikit sampai jadi doh yang boleh dibentuk.
5.Bahagikan doh kepada 3 warna. Kemudian bulat-bulatkan sebesar 7@8 gm. Jangan terlalu besar saiznya.
6.Susun biskut dalam dulang dan bakar pada suhu 170C @ ikut suhu ketuhar masing-masing. Ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu dan bakar guna apu atas bawah.
Ads
7.Bakar biskut selama 15-20 minit atau sehingga masak.
8.Bila biskut sudah suam, boleh gaul dengan gula kastor dan masukkan ke dalam papercup.
9.Bila biskut sudah betul-betul sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
10.Satu adunan ini boleh dapat dalam anggaran 100++ biji Biskut Suji Kristal.
1. Ayak bahan-bahan yang bertanda * dan ketepikan. 2. Putar mentega hingga kembang. 3. Masukkan susu pekat, pukul hingga sebati. 4. Masukkan bahan ayak berselang-seli dengan air ais cream soda. Kacau hingga sebati.
5. Gris loyang saiz 8 inci dan lapik baking paper. 6. Masukkan adunan dan ratakan, hentak-hentak sikit acuan bagi buang udara. 7. Bakar pada suhu 180°c selama 50 minit atau ikut ketuhar masing-masing. 8. Dah siap sejukkan. Hias dengan topping coklat atau cream cheese.
*Guna cawan kopi ye. Saya guna cawan sukat beras dan guna loyang 7 inci, kek jadi rendah. Kalau loyang 6 inci, baru cantik.
Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Kena cuba uols!
KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila
2 biji telur grade A
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
Pukul telur sampai berbuih.
Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
Masukkan esen vanila.
Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!