Biskut Suji Kristal ni antara biskut raya lama yang menjadi kegemaran ramai dan wajib ada bila tibanya lebaran. Rasanya yang lemak-lemak bersusu dan cair dimulut bila dimakan membuatkan ramai yang menggemari rasanya. Warnanya juga cantik. Maka tidak hairanlah kanak-kanak pun tertarik untuk mencubanya. Saudari Nor Haslina Md Nor ada kongsikan resipi Biskut Suji Kristal yang selalu beliau guna. Memang terbaik resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT BISKUT SUJI KRISTAL BALL
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Ayakkan tepung red rose bersama tepung jagung. Ketepikan.
2.Satukan serbuk badam, gula aising dan garam. Gaul sebati.
3.Kemudian masukkan minyak sapi. Gaul lagi hingga sebati dengan menggunakan senduk sahaja.
4.Kemudian masukkan tepung-tepung yang telah diayak tadi. Uli sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung red rose sikit demi sedikit sampai jadi doh yang boleh dibentuk.
5.Bahagikan doh kepada 3 warna. Kemudian bulat-bulatkan sebesar 7@8 gm. Jangan terlalu besar saiznya.
6.Susun biskut dalam dulang dan bakar pada suhu 170C @ ikut suhu ketuhar masing-masing. Ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu dan bakar guna apu atas bawah.
7.Bakar biskut selama 15-20 minit atau sehingga masak.
8.Bila biskut sudah suam, boleh gaul dengan gula kastor dan masukkan ke dalam papercup.
9.Bila biskut sudah betul-betul sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
10.Satu adunan ini boleh dapat dalam anggaran 100++ biji Biskut Suji Kristal.
Kredit resipi & foto: Nor Haslina Md Nor
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official