
Tak lama lagi bulan puasa bakal menjelang. Maka pastinya anda tercari-cari resipi biksut yang boleh dibuat sempena raya nanti. Bagi penggemar tat, selain nanas, bluberi dan sebagainya, cuba lah letak inti coklat. Uihh..padu kemain. Anda pasti suka.
TART MELTING CADBURY
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega atau margerin
- 4 sudu makan susu pekat
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung kastard
- 3 1/2 cawan tepung gandum (letak tepung sedikit demi sedikit dan uli sebati. Pastikan doh tidak keras sangat nanti tart akan mudah pecah. )
- 1 biji kuning telur
BAHAN INTI:
- Coklat cadbury bar
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, susu pekat, minyak sapi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati dan pastikan doh tidak terlalu keras.
2. Masukkan doh dalam acuan dan terapkan atas dulang pembakar.
3. Letak kepingan coklat dan terapkan doh sekali lagi diatasnya. Kemaskan bahagian kiri dan kanan supaya bertangkup.
4. Selain itu, anda boleh juga lipat adunan dan kemaskan.
5. Sapu bancuhan kuning telur dan bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
Kredit resipi & foto: Bunga Danish
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Buat Buttery Orange Sugar Cookies Ni. Harum & Membuka Selera!

Dah bosan asyik makan biskut yang sama? Apa kata kita cuba buat Buttery Orange Sugar Cookies pula. Biskut yang rangup dengan keharuman bau oren ni memang membuka selera. Sekali gigit, berkali-kali datang rasa nak makannya. Paling penting, gunakan Mentega Anchor untuk rasa yang lebih enak serta menambah aroma pada biskut kita.
BUTTERY ORANGE SUGAR COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 225gram ANCHOR BUTTER SALTED – suhu bilik
- 230gram tepung ubi kentang
- 180gram tepung gandum
- 80gram gula kastor
- 1 sudu makan pes oren
- 1 sudu makan parutan kulit oren
- Gula pasir/gula berwarna – hiasan
CARA MEMASAK:
- Satukan ANCHOR BUTTER SALTED bersama gula kastor dan pes oren di dalam mangkuk pengadun lalu pukul sebati menggunakan spatula kayu.
- Masukkan tepung ubi kentang, tepung gandum dan parutan kulit oren lalu kaup-balikkan sebati hingga jadi doh yang lembut. Jangan pukul berlebihan.
- Sediakan dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
- Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan mengikut saiz yang diingini lalu susun dalam dulang pembakar. Leperkan sedikit doh. Tabur gula atau gula berwarna ke atas doh.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 18-20 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
12K Share Di FB. Ini Cara Buat Whipping Cream Homemade.

Bagi yang biasa buat kek terutamanya Kek Keju Leleh, pasti kenal dan biasa menggunakan Whipping Cream ni. Harganya pun boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian FB Soleh Fattah, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Whipping Cream secara homemade. Ia bertujuan membantu para bakers yang punya masa yang agak terhad untuk keluar mencari barang dan juga menjimatkan kos. Jom cuba.
RESIPI WHIPPING CREAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan ovalette
- 5 sudu makan susu pekat manis
- 4 sudu makan susu tepung ( susu powder)
- 3 sudu makan gula – boleh kurangkan kalau tak suka manis
- 1 bekas ais – pastikan ais dalam ketulan kecil supaya senang nak pukul
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.
2. Pukul campuran menggunakan mixer selama 1 minit menggunakan kelajuan paling rendah. Ia bagi mengelakkan ais terkeluar dari bekas.
3. Masuk minit kedua, tingkatkan kepada kelajuan sederhana. Pukul selama 3 minit sehingga tak nampak ais. Masa ni tekstur adunan sudah berkrim dan kembang.
4. Bila ais dah tak ada (boleh dengar bunyi ais masa sedang adun), boleh tingkatkan kelajuan pengadun kepada maksimum. Pukul selama 2 minit sahaja. Jangan overbeat.
5. Siap dan bolehlah digunakan. Masa penyediaannya hanyalah 5-6 minit sahaja.
Kredit resipi & foto: Soleh Fattah
Tengah cari MIXER baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga lebih murah.
Nak lebih banyak resipi KEK HOMEMADE? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buah Tin Buah ‘Syurga’, Cubalah Jem Dan Kek Keju Tin.

Khasiat buah ini bukan calang-calang bahkan dianggap ‘buah syurga’ kerana turut disebut di dalam Al-Quran akan khasiatnya yang cukup besar untuk kesihatan manusia.
Malah ia ada disebut dalam Al Quran dan hadis.Firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis berkaitan khasiat buah tin bagi manusia.” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)
Buah tin terkenal sebagai buah dengan kandungan nutrisi cukup lengkap, asama ada di dalam bentuk vitamin ataupun mineral. Kandungan-kandungan inilah yang membuatkan pakar pemakanan menggelar buah tin sebagai buah super nutrition.
Antara manfaat dari sudut kesihatan:
1. Membantu mengatasi hipertensi dan jantung koroner
Buah tin mengandung senyawa mineral alami seperti magnesium, fosfor, omega 3, omega 6, dan fenol. Kandungan-kandungan mineral semula jadi inilah yang cukup berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah munculnya penyakit jantung koroner.
2. Mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh
Buah tin terkenal sebagai jenis buah yang mengandungi serat larut cukup baik. Menurut pakar, kandungan serat larut berupa pektin dalam buah tin sangatlah berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
Apabila pektin masuk ke dalam tubuh, kandungan tersebut akan menyapu semua kolesterol dan membuangnya melalui sistem pembuangan sama ada berupa peluh mahu pun air besar.
3. Mencegah serangan jantung
Menurut penelitian yang telah dilakukan di Arab Saudi, buah tin mengandungi senyawa kalium tinggi yang cukup baik untuk menurunkan kadar natrium dalam tubuh. Para pakar juga berpendapat, memakan buah tin minimum sekali sehari akan membantu mengurangkan risiko anda terkena serangan jantung mendadak.
4. Baik untuk penderita diabetes
Meskipun buah tin manis, kandungan glukosa dan fruktosa di dalam buah ini tidak akan membuat kadar gula dalam darah anda naik.
Ini kerana, selain mengandungi glukosa dan fruktosa, buah tin juga mengandungi serat larut dan karbohidrat. Kedua-dua kandungan inilah yang akan menghalang proses penyerapan gula berlebih pada sistem pencernaan. Bahkan, beberapa pakar menambahkan buah satu ini juga cukup efektif untuk mencegah diabetes, namun dengan syarat tidak diambil berlebihan.
5. Mencegah tulang reput
Khasiat buah tin baik untuk tulang. Osteoporosis merupakan salah satu jenis penyakit tulang yang bisa dicegah dengan memakan buah tin secara rutin.
Di dalam buah tin terkandung senyawa kalsium yang cukup tinggi, bahkan para pakar pemakanan mengatakan kandungan kalsium dan fosfor dalam buah tin lebih tinggi daripada susu.
6. Mengatasi susah tidur atau insomnia

Gejala susah tidur dapat muncul disebabkan karena berbagai macam faktor, bermula dengan minuman berkafein (kopi) sehinggalah akibat stres dan trauma. Selain mengatasi stres, anda juga boleh menghilangkan masalah tersebut dengan makan buah tin.
Menurut penelitian di Universiti Yale, buah tin mengandungi senyawa tryptophan yang cukup efektif untuk memberikan rasa tenang, dan rileks pada otak. Ia dapat membantu menghilangkan insomnia dan membuat tidur lebih nyenyak.
7. Sumber nutrisi yang cukup baik dan lengkap
Buah tin tidak mengandungi lemak jahat, garam, dan kolesterol, akan tetapi mengandungi kalsium, serat, dan kalium yang cukup tinggi. Selain itu buah tin juga mengandungi sodium yang cukup rendah.
Buah tin juga mengandungi kaya akan senyawa benzaldehida (senyawa anti-kanker seperti beta-karoten). Menariknya lagi buah satu ini juga diperkaya dengan kandungan vitamin penting untuk tubuh, seperti vitamin A, B, dan C.
Nah ni Min kongsikan 2 resipi menggunakan buah tin.
JEM BUAH TIN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg buah tin (seeloknya tin segar) | cincang
- 500gm gula kastor
- 1 batang vanila | ambil biji
- 1 batang kayu manis
- 1 biji lemon | ambil jus dan parut kulitnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu mangkuk, tutup dan biarkan semalaman dalam suhu bilik.
2. Keesokan harinya, masukkan campuran tadi ke dalam kuali leper dan masak menggunakan api yang perlahan. Kacau sehingga gula hancur sepenuhnya.
3. Biar ia mendidih dan teruskan memasak menggunakan api perlahan dan kacau perlahan-lahan sehingga ia memekat atau kira-kira 45 minit. Sambil itu, tekan-tekan buah tin untuk hancurkan ia.
4. Keluarkan kulit kayu manis dan sejukkan.
5. Tuang ke dalam jar dan sedia untuk disimpan.
Info chef: Boleh disimpan sehingga tiga bulan.
Saiz hidangan: 1-2 jar
Keistimewaan : Penuh rasa buah tin yang lazat
Jenis masakan : Jem
Cara memasak : Didih dan reneh
Anggaran kos: RM25
KEK KEJU BERSAMA BUAH TIN SEGAR
BAHAN-BAHAN:
- 5-7 biji fig | potong
- 100gm wholegrain digestive biscuits
- 3 sudu makan kacang walnut
- 5 sudu makan minyak bunga matahari
- 110gm air tebu | tapis
- 600gm cottage cheese
- 250gm yogurt
- 1 biji oren | ambil jus, parut kulit
- 1 biji lemon | ambil jus
- 1 sudu teh esen vanila
- 5 biji telur
- 1 biji buah pelaga
- 20gm kepingan badam
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 180C.
2. Di dalam pengisar makanan, campurkan biskut, walnut dan minyak bunga matahari, kisar hingga menjadi crumble.
3. Ambil dulang dan alas dengan baking paper. Tabur crumble tadi di atas dulang tadi, tekan perlahan-lahan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Ketepikan.
4. Menggunakan pengisar tangan, campurkan cottage cheese, yogurt, telur, buah pelaga, garam, air tebu, jus dan kulit oren dan jus lemon. Kacau sebati.
5. Tuang adunan ke atas lapisan crumble tadi dan bakar kira-kira satu jam.
6. Basuh buah tin dan potong. Hiaskan di atas kek tadi. Panggang sedikit kepingan badam tanpa minyak dan tabur di atas kek. Sedia dinikmati.
Info chef: Untuk kek keju yang sempurna, simpan di dalam peti sejuk semalam sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 1 biji kek
Keistimewaan : Rasa lemak keju dan buah tin yang sedap
Jenis masakan : Pemanis mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
.