Bila tiba puasa dan menjelangnya hari raya, ramai yang mula membuat biskut raya. Walaupun tahun ini Syawal tidak dapat disambut di kampung halaman seperti kebiasaan, tetapi kemeriahannya masih boleh dirasai. Beraya di kota pun tak mengapa. Asalkan keluarga tercinta ada bersama. Di musim PKP ni juga membawa seribu kebaikan. Ini kerana ramai yang mula belajar buat biskut raya sendiri. Baguslah…Inilah masanya nak tunjuk kepakaran masing-masing. Bagi anda yang nak cuba buat Biskut Tat Teratai, resipi perkongsian saudari Nor Haslina Md Nor ni boleh dicuba. Nampak sedap kan? Jom cuba.
CARA MEMBUAT BISKUT TAT TERATAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung red rose dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Pukul mentega, marjerin dan gula ising hingga sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebati sekali lagi.
4. Masukkan tepung. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Kalau terlalu lembik, boleh tambah tepung red rose sedikit demi sedikit.
5. Bulatkan doh, balut dengan plastik dan rehatkan dalam chiller selama 15-20 minit.
6. Keluarkan doh, canai setebal 3mm dan terap menggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak atau 5 kelopak.
7. Masukkan doh yang diterap ke dalam ‘paper cup’ dan susun atas dulang pembakar. Isikan jem nanas secukupnya.
8. Jika suka, boleh hias Tat Nanas mengikut kreativiti masing-masing.
9. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah. ( Masa dan suhu mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing)
10. Bila sudah masak, sejukkan sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO:
1. Satu adunan ini boleh dapat dalam 80 keping biskut. Bergantung pada ketebalan doh yang dicanai.
2. Tepung red rose bukan tepung gandum cap bunga ros ya. Tepung red rose adalah tepung khas untuk buat biskut.
3. tepung red rose ada dijual di kedai alatan bakeri. Ia sama dengan tepung biskut. Hasil bila menggunakan tepung ini adalah biskut akan jadi lebih rangup, sedap dan tahan lama.
4. Untuk membentuk jem nanas yang bulat begitu, sapukan sedikit marjerin di tangan dan bulatkan jem.
Kredit resipi & foto: Nor Haslina Md Nor
ANDA JUGA BOLEH CUBA: