Suka makan Tiramisu? Anda boleh cuba Biskut Tiramisu Kastard perkongsian saudari Mastura Razali ini. Mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Paling enak dinikmati Ketika sejuk. Memang berbaloilah untuk dicuba. Malah sesuai dihidang di sebarang majlis. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MEMBUAT BISKUT TIRAMISU KASTARD

Resipi Biskut Tiramisu Kastard Paling Senang & Sedap

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair – beli online disini
1/2 cawan susu pekat manis – beli online disini
400ml air
5 sudu besar (membukit) tepung kastard – beli online disini
Biskut marie perisa kopi – beli online disini
Milo @ serbuk coklat kegemaran yang lain

Resipi Biskut Tiramisu Kastard Paling Senang & Sedap

CARA MEMASAK:
1.Masukkan air, susu cair, susu pekat dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau sebati sampai tidak berketul.

Resipi Biskut Tiramisu Kastard Paling Senang & Sedap 2. Bila campurna sudah sebati dan tidak berketul, barulah hidupkan api. Masak guna api sederhana sahaja.
3. Sentiasa kacau untuk elak adunan berketul. Bila adunan sudah pekat dan meletup kecil, boleh matikan api.

Resipi Biskut Tiramisu Kastard Paling Senang & Sedap4. Untuk melapis biskut, mula-mula letak adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian. Ratakan.
5.Kemudian letak kepingan biskut.
6. Lapiskan kembali dengan adunan kastard dan barulah tabur milo.
7. Ulang melapis hingga adunan habis.

Resipi Biskut Tiramisu Kastard Paling Senang & Sedap7. Biskut Tiramisu Kastard sedia untuk dinikmati. Namun rasanya lebih sedap jika disejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk.

Resipi Biskut Tiramisu Kastard Paling Senang & Sedap Resipi Biskut Tiramisu Kastard Paling Senang & Sedap

Ads

Nota : Jika guna biskut lain yang tiada perisa kopi, boleh celup biskut terlebih dahulu dalam air nescafe yang dibancuh tanpa gula sebelum melapis. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa dan aroma kopi pada manisan ini.

Kredit resipi & foto: Mastura Razali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Mee Kari Chinese Style. Pekat, Berempah Memang Sedap

Koleksi Resipi Lauk Kampung Yang Sedap & Mudah

Ads

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Cara Buat Jagung Cawan Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Resipi Popia Vietnam. Sedap, Mudah & Lebih Jimat

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI