Asalnya bombolini ini dari Itali dan ia menjadi rebutan buat penggemar kudapan manis. Bomboloni ini disajikan dengan rupa yang berbeza dari donat.
Jika donat dibentuk bulat serta mempunyai lubang di bahagian tengahnya, bomboloni tidak berlubang. Bombolini diisi dengan pelbagai jenis topping dengan pelbagai rasa dan dibaluti gula halus pada bahagian permukaannya. Bomboloni Nutella antara yang digemari ramai. Mewah dengan rasa nutella di dalamnya buatkan memang tidak cukup satu.
Bombolini Nutella
Bahan-bahan:
½ cawan susu segar
1 sudu besar yis
1 biji telur
2 sudu besar gula castor
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit garam
Air suam untuk tambahan kalau nk uli
Cara memasak:
1.Masukkan susu segar, gula, yis dalam satu bekas. Kacau sekejap. Biar 20 minit hingga naik membuih.
2.Satu bekas masukkan tepung, pecahkan telur dalam satu bekas kecil dulu. Masukkan esen vanila. Tuang masuk dalam adunan tepung baking powder.
3.Gaul guna senduk atau tangan pun boleh hingga sebati.
4.Bila adunan yis dah membuih. Masuk sikit-sikit tepung sambil uli hingga tak lekat di tangan. Jika adunan masih tak cukup lembut, Boleh tambah sikit-sikit air suam. Dan uli hingga lembut dan tak lekat.
5.Jika guna breadmaker, masukkan semua bahan dalam tu. Tekan ON je biar bread maker uli. Kalau tak cukup air, tambah je sikit-sikit.
6.Perap hingga doh naik mengembong.
7.Bolehlah mula bulatkan doh.Leperkan sikit. Nak goreng api jangan kuat sangat. Perlahan sahaja. Goreng hingga nampak kekuningan, angkat.
8. Untuk inti. Pipe nutella ke dalam bombolini yang digoreng tadi.
Kredit: Iedaa Jahaya