Buat anda sedang mencari menu sahur yang sedap dan mengenyangkan, Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju adalah pilihan yang paling tepat. Hanya guna roti berintikan daging keema dan keju lalu bakar. Nak mudah, boleh siapkan daging keema pada waktu malam dan esok pagi boleh terus bakar. Sebagai pelengkap, taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Memang menambat selera kerana ia tidak berminyak dan menambah keenakan dalam hidangan. Anda wajib cuba resipi ini.Resipi Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju, Mudah & Mengenyangkan

BREAD CUP BERINTI DAGING KEEMA BERKEJU

Resipi Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju, Mudah & Mengenyangkan

Bahan-bahan:

  • 6-8 keping roti
  • 200gram Perfect Italiano Perfect Bakes
  • Anchor Unsalted Butter

Bahan-bahan B (Daging Keema):

  • 400gram daging kisar
  • 180gram kacang peas (dalam tin)
  • 120gram Anchor Salted Butter
  • 2 biji tomato – cincang
  • 1 tangkai daun ketumbar – cincang
  • 1 labu bawang besar – cincang
  • 3 sudu makan garam masala
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 2sm halia – kisar halus
  • Rempah 3 sekawan – ½ batang kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun bay kering
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat daging keema; cairkan Anchor Salted Butter dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih kisar dan halia kisar hingga wangi. Masukkan rempah 3 sekawan tumis lagi hingga wangi.
  2. Masukkan rempah garam masala, serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air lalu kacau rata. Tumis lagi hingga rempah masak.
  3. Masukkan daging kisar, daun bay dan tomato. Didihkan hingga daging empuk.
  4. Masukkan kacang peas dan tambah garam secukupnya. Masak hingga semua bahan masak sempurna. Tutup api dan tabur cincangan daun ketumbar. Sejukkan sebentar.
  5. Sediakan dulang/acuan muffin. Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya dalam acuan muffin. Letak sekeping roti dalam acuan muffin, leperkan sedikit dan kemaskan kelilingnya.
  6. Letak sesudu inti keema dalam roti. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga roti keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

 

Ads

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Ads

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI