
Kalau anda teringin nak makan sesuatu yang manis dan lazat, boleh cuba buat Bread Pudding ni. Resipi yang mudah gerenti menjadi. Sekali makan, pasti anda nak lagi. Enak dinikmati bersama Sos Kastard. Tambahkan juga Anchor Salted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk buat Bread Pudding anda lebih padu!


BREAD PUDDING

Bahan-bahan:
- 10 keping roti putih
- 100gm Anchor Salted Butter | dicairkan
- 4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices | dipotong kecil
- 2 cawan Fernleaf Susu UHT
- ½ cawan kismis
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- ½ cawan gula
Cara Memasak:
- Campurkan Anchor Salted Butter, Fernleaf Susu UHT, esen vanilla, gula dan telur dan pukul menggunakan pemukul tangan (whisk) hingga sebati.
- Koyak-koyakkan roti dan letakkan di dalam acuan. Taburkan kismis di atasnya kemudian tuang adunan tadi ke dalam acuan hingga rata.
- Sebelum bakar, letakkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices yang dipotong kecil lalu bakar selama 170°C selama 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ads
Ads
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!







