Makan

Resipi Brownies Coklat Chip Sedap & Mudah. Gerenti Jadi!

Share

Bagi anda yang tercari-cari resipi Brownies Coklat Chip kedut yang elok hasilnya, resipi yang dikongsi oleh saudari Farwin Amellia ini adalah antara yang boleh dicuba. Guna bahan yang ringkas tapi hasilnya memang sedap dan terbaik. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT BROWNIES KEDUT COKLAT CHIP YANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
130gm marjerin beli online disini
450gm dark compound chocolate – beli online disini

100gm tepung naik sendiri penaik – beli online disini
180gm gula perang – beli online disini
3 biji telur gred B

CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat kompaun bersama marjerin menggunakan teknik double boiler.
2. Dalam bekas berlainan, campurkan gula perang dan telur. Kacau 4-5 kali supaya bahan bergaul mesra sahaja.
3. Coklat yang dicairkan tadi, kacau dan semasa masih panas, tuang terus ke dalam adunan telur. Kacau sekali lagi hingga sebati sahaja.
4. Tambahkan tepung penaik. Kacau hingga sekata.
5. Alas loyang dengan baking paper. Jika tiada, boleh sapu loyang menggunakan marjerin sahaja. Ia bertujuan untuk mengelakkan brownies melekat pada loyang.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang.
7. Letakkan topping ikut citarasa. Boleh tambah cip coklat, badam, walnut atau apa-apa sahaja yang digemari.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Selepas 5 minit, turunkan suhu pada 150C.

9. Masukkan loyang berisi brownies dan bakar selama 45-50 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto: Farwin Amellia

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur