Bagi anda yang tercari-cari resipi brownies kedut yang elok hasilnya, resipi yang dikongsi ini adalah antara yang boleh dicuba. Guna bahan yang ringkas tapi hasilnya memang sedap dan terbaik. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BROWNIES KEDUT CHOCOLATE CHIP
BAHAN-BAHAN:
130gm marjerin
450gm Beryl’s dark compound chocolate
100gm tepung penaik BlueKey
180gm gula perang
3 biji telur gred B
IKLAN
CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat kompaun bersama marjerin menggunakan teknik double boiler.
2. Dalam bekas berlainan, campurkan gula perang dan telur. Kacau 4-5 kali supaya bahan bergaul mesra sahaja.
3. Coklat yang dicairkan tadi, kacau dan semasa masih panas, tuang terus ke dalam adunan telur. Kacau sekali lagi hingga sebati sahaja.
IKLAN
4. Tambahkan tepung penaik. Kacau hingga sekata.
5. Alas loyang dengan baking paper. Jika tiada, boleh sapu loyang menggunakan marjerin sahaja. Ia bertujuan untuk mengelakkan brownies melekat pada loyang.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang.
IKLAN
7. Letakkan topping ikut citarasa. Boleh tambah cip coklat, badam, walnut atau apa-apa sahaja yang digemari.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Selepas 5 minit, turunkan suhu pada 150C.
9. Masukkan loyang berisi brownies dan bakar selama 45-50 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Bagi sesiapa yang mengikuti laman sosial facebook artis 90-an, Norlie Tamam Idris, pasti tahu akan kegigihan beliau berniaga di kiosk atau booth. Menyedari bukan mudah untuk meneruskan kegiatan seni disebabkan kemunculan ramai artis baharu, Norlie mengakui berniaga adalah cara untuknya mendapatkan wang perbelanjaan.
“Terdapat cabaran dalam perniagaan sekarang. Memang kena double triple kan usaha untuk mendapat tarikan orang ramai. Bukan mudah. Berniaga di kiosk atau booth memang memenatkan. Tapi bukan senang nak cari duit sekarang. Saya ambil prisip tak boleh malas dan tak boleh putus asa,” kata anak kepada arwah seniman Tamam Idris ini memulakan bicara.
KEK AYAHANDA, SESUATU YANG ISTIMEWA
Disebabkan kerajinan dan konsisten berniaga, ada insan yang baik hati telah membantu Norlie untuk memulakan bisnes kek buah kukus. Insan itu digelar Ayahanda oleh Norlie disebabkan selalu ada ketika susah dan senang Norlie sekeluarga.
“Kek ini baru saja masuk empat bulan di pasaran. Memang saya all out memasarkan kek buah kukus ini di merata lokasi. Setakat ini, saya aktif berniaga di booth dan kiosk. Nama Ayahanda ini bersempena gelaran insan yang banyak bantu saya sejak dari zaman bujang sampailah dah beranak-pinak. Beliau sangat berjasa pada keluarga saya. Bisnes kek ini pun, beliaulah yang banyak bantu,” cerita Norlie yang turut mengakui resipi kek buah kukus ini adalah daripada isteri ayahanda sendiri yang juga seorang tenaga pakar dalam bidang masakan.
KEK BUAH KUKUS CITA RASA TRADISI
Mengekalkan cita rasa orang lama, Norlie mengakui inilah kek buah kukus yang berada dalam kelompok sedap pernah dirasainya. Dibuat secara home made dan keenakannya terjamin. Senang cakap, sekali makan pasti teringat-ingat akan Kek Buah Kukus Ayahanda.
“Kek buah kukus ini tidak terlalu manis. Memang dibuat dengan rasa kurang manis. Kelembapannya sangat mengasyikkan. Kalau kena dengan cara simpan, kek buah kukus ini boleh tahan sehingga enam bulan,” cerita Norlie.
PELUANG PERNIAGAAN
Sepanjang empat bulan berniaga kek buah kukus ini, Norlie mengakui memang banyak permintaan ketika berjualan di booth atau kiosk. Harganya yang tidak terlalu mahal iaitu RM35 bagi sebekas dengan berat 750 gram, cukup berbaloi.
Justeru, Norlie turut membuka peluang untuk mereka yang mahu berbisnes bersamanya untuk menjadi ejen Kek Buah Kukus Ayahanda.
“Untuk menjadi ejen Kek Buah Kukus Ayahanda, anda hanya perlu membuat order sebanyak 10 bekas kek. Keuntungan adalah antara RM5 hingga RM10 sebekas bergantung pada jumlah kek yang diambil,” tambah Norlie.
Selain kek buah kukus, Norlie turut menjual aiskrim Malaysia pelbagai perisa, bubur som-som dan sagu susu gula Melaka.
“Asam pedas yang pernah dijual pada tahun ini terhenti seketika disebabkan pelbagai masalah ketika PKP. Jadi saya cadang untuk memulakan kembali perniagaan asam pedas resipi ibu saya sendiri pada awal tahun 2023 nanti. Doakan saya terus sihat untuk berniaga mencari sumber pendapatan,” kata Norlie mengakhiri bicara.
Biskut Double Choc Chips ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Mariana Zainal, resipi ni memang sangat senang kerana bahan-bahannya guna sukatan cawan. Cumanya pastikan anda tidak ‘curang’ dengan resipi yang diberikan. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitrinanti.
CARA BUAT BISKUT DOUBLE CHOC CHIPS
BAHAN A:
1 ½ cawan gula perang – boleh gantikan dengan gula kastor
250gm mentega
1 cawan penuh minyak jagung – boleh gantikan dengan minyak masak
1. Satukan bahan A dan kacau sebati menggunakan senduk.
2. Masukkan bahan-bahan B. Kacau sebati.
3. Seterusnya masukkan bahan-bahan C. Kacau sekali lagi hingga semua bahan bercampur sempurna.
4. Sudukan adunan biskut ke atas dulang pembakar. Boleh juga cubit menggunakan tangan dan tekan menggunakan garpu.
5. Masukkan biskut ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-170C. Bakar selama 15-18 minit menggunakan api atas bawah. ( masa memasak mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar)
6. Bila siap, keluarkan biskut dan sejukkan. Info penting: Bila siap dimasak, biskut ini memang lembut. Biarkan sejuk kerana ia akan menjadi keras dan rangup.
Kekyang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba buat Kek Span Pandan. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
KEK SPAN PANDAN GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*)
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.