Ayam goreng terkenal seperti KFC sememangnya menggamit selera. Bau pun dah cukup buat perut rasa lapar dan mulut rasa nak mengunyah. Tapi macam mana kalau ketika itu tengah malam? Jadi kalau tetiba rasa nak makan ayam KFC, tapi restoran tu dah tutup, boleh cuba buat sendiri. Esok-esok barulah makan yang sebenar.
Bahan asas
1 ekor ayam
2 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap
• Bawang merah
• Bawang putih
• Halia
• Lada hitam
• Serbuk cili
• Kunyit
• Kiub ayam
• Sedikit garam
Caranya
1. Kisar semua bahan.
2. Perap ayam 30 minit ke atas.
Bahan Tepung Goreng
• Tepung gandum
• Tepung jagung
• Sesudu kecil soda bikarbonat
Caranya
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
Cara penyediaan
1. Ambil ayam yang sudah diperap.
2. Celup ayam ke dalam telur ayam yang sudah dipukul.
3. Golek ayam sepenuhnya dalam tepung.
4. Goreng ayam di dalam minyak masak yang sudah dipanaskan. Ayam mesti tenggelam dalam minyak masak.
Resipi oleh Puspa Hanim dari Telegram KakiMakan