Resipi Buat Bawang Goreng Lebih Rangup Dan Tahan Lama

Share

 

Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.

Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah daripada Puan Nooriah Abdullah.

BAHAN-BAHAN

1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK

1) Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .

TIP MENGGORENG

Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dalam minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)

Published by
Maryam Elyas