Makan

Resipi Buat Cakoi Lembut, Bersarang Cantik

Share

Kuih cakoi ini memang enak tapi lagi sedap kalau dapat yang banyak sarang di dalamnya dan tak liat walau dah sejuk. Cakoi begini hidang dengan  seri kaya pandan sesuai sangat untuk dibuat makan petang.

Bagi yang teringin buat sendiri boleh gunakan cara dan resipi dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.

Cara buat cakoi cantik bersarang

 

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh baking soda
½ sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air

Cara membuat:

1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.

2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja)

3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.

 

4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.

5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.

Cara buat srikaya pandan (ala Boat Noodle)

1 ½ cawan susu cair
Pes @ esen pandan sedikit
Garam secubit
1 ½ sudu makan tepung kastard
3-4 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau sedikit

 

Cara membuat:

Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.

Selamat mencuba

Sumber: Nur Nabilah Jailani.

Published by
Rose