Terasa nak mengunyah tapi tak ada idea nak masak apa? Ha…Ini ada resipi Cucur Kentang perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Sangat mudah untuk dibuat dan kanak-kanak pasti suka. Jika nak pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi. Sesuai sangatlah untuk dicuba. Buat minum petang boleh , untuk sarapan pun sesuai. Malah kalau nak dijadikan kudapan sewaktu menonton televisyen pun ‘best’. Jom cuba dan lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI CUCUR KENTANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 4 biji ubi kentang – dipotong dadu & tak perlu rebus
  • Ikan bilis secukupnya – boleh juga ganti dengan isi ikan tenggiri potong dadu /isi udang atau isi ayam
  • Sedikit hirisan kacang panjang, daun sup, daun bawang, cili merah & lobak merah
  • 1 biji bawang Holland / bawang merah – potong dadu
  • Bahan perasa secukupnya
  • 1/2 gelas air sejuk (dari peti ais)
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 3 sudu makan tepung gandum

Cara Buat Cucur Kentang Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan adun hingga sebati hingga mendapat tekstur seperti dalam gambar.

Cara Buat Cucur Kentang Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

2. Resipi ini tidak menggunakan banyak air dan tepung. Tepungnya hanya cukup setakat untuk menyaluti kentang.

Ads

Cara Buat Cucur Kentang Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

3. Sudukan adunan dan goreng hingga keperangan.

Cara Buat Cucur Kentang Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

Ads

4. Angkat, toskan minyak dan bolehlah dinikmati bersama sos kegemaran.

Cara Buat Cucur Kentang Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI