Anak-anak suka donat, masalahnya selalu buat donat tak seperti diharapkan, kali ini korang jangan risau ye. Ini ada resipi buat donat yang senang, mudah siap dengan cara membuatnya sekali, kalau korang ikut cara gerenti jadi punya. Dengan dua kilogram ni korang boleh mula buat untuk bisnes kecil-kecilan.
Photo & Resipi dari: FB Sadagaremaskorea
DONAT GULA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan-bahan dan tepung gandum dalam besen besar.Gaul rata semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan menjadi doh yang sekata.
Doh yang baik memang lembik dan masih melekat pada tangan dan melekat sekeliling besen.
Oeles tapak tangan dengan minyak masak sebelum bahagikan adunan donut untuk mengelakkan adunan doh dari melekat pada tangan. Genggam sedikit doh dan picit keluar melalui lubang antara ibu jari dan jari telunjuk. Ulangi sampai habis.
Susun secara bejarak daalm loyang besar. Ini kerana adunan akan kembang 3 kali ganda dengan cepat.
Ppanaskan minyak untuk mulai menggoreng, apabila minyak sudah panas, perlahan-lahan masukkan dalam kuali. .Goreng hingga donat bertukar warna kuning keemasan menggunakan api perlahan, Angkat dan toskan.\
Kisar gula pasir untuk dijadikan salutan donat. Gaul donat hingga keseluruhan bahagian luarnya disaluti gula halus.
Donat sedia dihidangkan.