Tengok warnanya yang pelbagai buat teruja nak makan. Inilah kek Paddle pop viral. Kalau ada yang nak buat sambutan hari jadi untuk anak, kek inilah patut jadi pilihan. Pasti jadi rebutan nanti khasnya anak-anak.
Kek Paddle Pop Viral
Kek Vanila untuk 10 bekas
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalate-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar creamy vanila(perisa ikut selera masing-masing)
-adun sebati sampai gebu
sementara itu ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1sudu kecil soda bikarbonat
Cara buat:
1.Masuk dalam adunan telur sikit-sikit sampai habis.
2.Matikan mixer dan tambah 1/2 cawan minyak jagung.
Kacau rata
3.Jika guna bekas SQ450, kukus 8-10 minit.
4.Belahkan 3 kek untuk letak di bekas yang akan di transfer.Warna jangan lebih empat nanti jadi caca marba. Sama ada nak letak dalam adunan cheese perasa creamy vanilla, 1 sudu besar kisar sekali atau bahagikan warna baru letak perisa yang berbeza. Contoh: ungu yam atau bluebery,pink strawberi,kuning pisang,biru laici,plain cheese.Boleh je ikut kreativiti masing-masing.
Ingat masa letak pewarna biar setitis-setitis sebab tak nak warna terlalu pekat.
Resipi Cheese
500g cream cheese
1 cawan susu pekat @1/2 tin
1 1/2 cawan whipping dairy
1 cawan susu segar (ikut cawan jadi tambah 1/2 cawan dulu blend kalau pekat baru tambah lagi)
Adun sebati atau blender
Kalau blend tercair boleh masuk chiller 1 jam nanti dia pekat atau kalau terpekat boleh tambah susu segar.
*Nota untuk jenama bahan-bahan yang diguna
Cream Cheese – Dairyland / Royal Victoria / Tatura
Susu Pekat – Dairy Champ
Susu Segar – Dutch Lady
Whipping Cream – Royal Victoria / Emborg
Kredit : Azlina Ina
ADA YANG NAK MEMBELI MIXER BARU? BOLEH LIHAT DI SINI.