Alangkah seronoknya buat keropok lekor sendiri. Puas makan. Sedap pun sedap. Jom belajar buat sendiri keropok lekor. Senang sangat. Guna ikan sardin atau ikan selayang. RASA kongsikan resipinya.
BAHAN-BAHAN
• 500 gram isi ikan sardin atau ikan selayang
• 2 ulas bawang putih
• Sedikit garam
• 2 cawan tepung ubi
• 1 cawan tepung gandum
• Sedikit air
• Air secukupnya untuk merebus
CARA MEMBUAT
1. Satukan isi ikan, bawang putih dan garam. Kisar sampai betul-betul halus.
2. Kemudian campurkan dengan tepung ubi dan tepung gandum.
3. Tambahkan sedikit air. Uli sampai menjadi doh dan dapat dibentuk.
4. Didihkan air. Rebus keropok lekor tadi sampai timbul atau terapung. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
5. Potong-potong ikut selera masing-masing dan siap untuk digoreng.
Resipi OLeh Melia dari Telegram KakiMakan