
Lauk terung berlada ini ramai peminatnya. Makan lauk ini dengan ikan goreng pun dah rasa lengkap hidangan nasi.
Menu ini memang mudah saja membuatnya tapi ada juga yang belum mahir. Bagi yang suka lauk ini dan nak masak sendiri boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Arieza Rieza. Beliau turut memberikan tip untuk memastikan warna terung yang dimasak kekal dan tak pucat.
Bahan-bahan
Terung – dipotong dan dibelah
Cili padi
cili besar
Bawang merah
Bawang putih
IKan bilis halus
(Kuantiti bahan ikut cita rasa)
Cara membuat:
1. Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis.
2. Terung yang dibelah tadi digoreng terlebih dahulu. Tip untuk pastikan warna kulit terung kekal pastikan bahagian kulit di atas dan bahagian isi saja yang kena minyak. Goreng seketika saja. Angkat dan ketepikan.
3. Guna lebih minyak tadi untuk goreng ikan bilis hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan tumbuk, tumis seketika dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Kacau seketika. Bila bahan tumismasak masukkan terung tadi. Gaul hingga rata kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan.
Sumber: Olahan dari Vanilla Kismis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Hasilkan Tauhu Dengan Menggunakan Cuka Makan.

Tauhu kaya dengan sumber protein malah ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kacang soya – direndam semalaman
- 10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
- 2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
- 2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
- Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
- Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
- Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
- Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Kredit resipi & gambar: Mimi Ly
Pecal Pucuk Ubi. Hidangan Pembuka Selera Digemari Ramai.

Ringkas, cepat dan membuka selera. Walaupun kelihatan biasa, tapi hidangan ini sememangnya mempunyai rasa yang luar biasa. Bagi yang gemar makan pecal, menu mudah ni boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
- 150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
- 3 sudu besar gula perang atau pasir
- 1 biji cili merah | dihiris
- 5 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1cm halia | dihiris
- Sedikit belacan
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Air panas secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
- Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
- Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
- Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
- Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kuah pecal ini boleh disediakan dengan pelbagai sayur lain yang direbus atau dimakan secara mentah.
Seleksi Resipi Masakan Kelantan Yang Mudah, Sedap & Disukai Ramai

Rata-rata yang pernah mengunjungi negeri Cik Siti Wan Kembang, memberitahu masakan seperti Nasi Kerabu dan Nasi Dagang menjadi kegemaran.
Namun, ada juga masakan Kelantan lain yang disukai seperti daging singgang, solok ikan dan banyak lagi.
Jom Rasa kongsikan seleksi masakan Kelantan yang dicuba dan masak sendiri di rumah.
GULAI IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
1000ml santan
2 keping asam gelugor
5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
½ batang timun | hiris bulat
8 biji cili padi – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas | hiris nipis
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering – beli online di sini
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata.
2. Masukkan ikan dan asam keping. Kemudian didihkan di atas dapur.
3. Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
4. Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN
1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos
750ml santan pekat
3 sudu makan kerisik – beli online di sini
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam Jawa
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak – beli online di sini
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3cm lengkuas
3cm halia
5 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar.
2. Tumis hingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau hingga limpa kecut.
4. Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
5. Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, terus kacau rendang hingga timbul minyak.
7. Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
4. Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
5. Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api. Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan tamban | bersihkan
5 biji limau nipis | ambil jusnya
6-7 biji cili padi | hiris halus
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun selom
Sedikit hirisan daun ulam rasa
Garam dan gula secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya. Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
2. Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi. Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
3. Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
4. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
3. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1kg tulang
1 kg santan
2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar
8 ulas bawang merah | hiris
Gula kerek/gula Melaka secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu air asam Jawa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN UNTUK TUMISAN:
12 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
4cm halia | hiris
4 sudu makan rempah gulai kawah
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
2. Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
3. Tutup api dan ketepikan seketika.
4. Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
5. Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo, rempah gulai yang sudah ditumis.
6. Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris. Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
7. Perasakan dengan gula Melaka, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
8. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.
TERESEK KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang
3 biji cili hijau
250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2 hiris lengkuas
1 sudu makan serbuk ketumbar biji | sangai dan kisar kasar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
2. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi.
3. Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
5. Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2cm halia
1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
3 ulas bawang merah
2cm halia
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
2. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
5. Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam. Angkat dan hidangkan panas-panas.
SOLOK IKAN
BAHAN-BAHAN:
Beberapa ekor ikan kembung
½ biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk
Minyak untuk menggoreng secukupnya
10 biji bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
1biji telur ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
2. Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk.
3. Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk.
4. Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati.
5. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Fuh, Sedap Tak Terkata Resipi Kambing Paratal Olahan Bersantan!
Sedap & Mudah, Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: