Lauk terung berlada ini ramai peminatnya. Makan lauk ini dengan ikan goreng pun dah rasa lengkap hidangan nasi.
Menu ini memang mudah saja membuatnya tapi ada juga yang belum mahir. Bagi yang suka lauk ini dan nak masak sendiri boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Arieza Rieza.
Beliau turut memberikan tip untuk memastikan warna terung yang dimasak kekal dan tak pucat.
Bahan-bahan
Terung – dipotong dan dibelah
Cili padi
cili besar
Bawang merah
Bawang putih
IKan bilis halus
(Kuantiti bahan ikut cita rasa)
Cara membuat:
1. Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis.
2. Terung yang dibelah tadi digoreng terlebih dahulu. Tip untuk pastikan warna kulit terung kekal pastikan bahagian kulit di atas dan bahagian isi saja yang kena minyak. Goreng seketika saja. Angkat dan ketepikan.
3. Guna lebih minyak tadi untuk goreng ikan bilis hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan tumbuk, tumis seketika dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Kacau seketika. Bila bahan tumismasak masukkan terung tadi. Gaul hingga rata kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan.
Sumber: Olahan dari Vanilla Kismis