Resipi Buat Sendiri! Bavarian Donut Cheese Memang Bikin Leleh

Share
Resipi Bavarian Donut Cheese ni memang menarik perhatian sungguh. Sesuai dibuat untuk anak2anak yang suka sangat makan donut. Lepas ni bolehlah cuba sendiri tak perlu beli dikedai lagi. Wajib buat!

RESIPI BAVARIAN DONUT CHEESE

Bahan-Bahan:

  • Tepung roti@gandum 1 kg
  • Air suam 300 ml + yeast mauripan 2 peket
  • Susu 300ml
  • Garam 1 sdb
  • Gula 4 sdb
  • Telur 2 biji(x bergambar)
  • Minyak 80ml

Cara-Cara:

  1. Campur semua bahan tadi,uli sampai jadi mcm ni..rehatkan sekejap
    Uli semula sampai jadi lembut dan licin.
    Kalau ada mixer,campur je semua dan mix sampai dia licin dan elastik
  2. Bulatkan doh td kecil2..sy buat lbh kurang berat 30gm sebiji
    Saya buat bulat2 dan leperkan sikit..saje suka2..
  3. Dah bulatkan rehatkan sekejap bagi dia kembang…jgn lama sangat nanti terlalu kembang nak angkat goreng susah
  4. Goreng dgn minyak banyak.dan api perlahan shj. Dah masak,angkat dan toskan
  5. Cucuk lubang guna lidi atau pisau untuk picit inti
  6. Picit cream cheese filling ke dlm donut.

   

   


RESIPI CHEESE FILLING

Bahan-Bahan:

  • tatura cream cheese 250gm
  • Anchor whipping cream 1 kotak kecil 250ml kalau x silap..kotak warna biru tu.
  • Susu pekat 1/2 tin

Cara-Cara:

  1. Campur semua,masukkan dlm.blender @mixer dan blend..
  2. Masukkan cream td ke dlm piping bag @plastik dan picit ke dlm donut

 

Kongsi resipi: Anak Dol

 

CUBA JUGA RESIPI INI:

 

Published by
Mastura Abu Kassim