Resipi Bubble Pizza ini pastinya akan disukai anak-anak, piza lah katakan. Jadi lagi sedap sebab dimasak sendiri di rumah. Piza ini juga tak memerlukan kita membuat doh roti, cuma guna roti keping putih saja. Oleh itu ia tak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan piza ini.

Cara Buat Bubble Pizza

Bahan-bahan

1 bungkus roti sandwich putih – atau boleh guna lebihan roti atau kerak roti
2 cawan susu segar
5 biji telur
1 cawan sos prego
250 gm pepperoni daging
1 sdt dried oregano
Cheese mozarella secukupnya
1 biji capsicum hijau
Sedikit garam
1 labu bawang holland
1 tin cendawan butang

Baca: Buat Sendiri Piza, 25 Minit Dah Siap. Dapat Piza Saiz ‘Large’

Ads

Resipi Bubble Pizza, Makan Panas-Panas Lagi Sedap

Cara membuat

1. Panaskan oven selama 10 minit.

2. Pukul telur, garam dan lada sulah hingga rata. Masukkan susu segar dan kacau rata.

3. Masukkan roti yang telah dikoyak-koyak atau dipotong kiub dan biarkan sekejap utk kembangkan roti.

4. Setelah itu ratakan adunan roti dalam loyang piza, sapukan sos prego pada keseluruhan adunan roti.

Ads

5. Letakkan pepperoni daging, capsicum hijau, bawang holland dan cendawan butang.

6. Taburkan dried oregano diikuti mozarella cheese

7. Bakar dengan suhu 180c selama 30 minit. Piza ini sedap dimakan panas-panas.

Ads

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

Baca: Cara Buat Piza Kampung, 4 Cawan Tepung Dapat 4 Keping Piza. Topping Ikut Citarasa

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI