Resipi Bubur Gunting @ Bubur Chacha Homemade Sedap

Share

Bubur Chacha pastinya antara manisan kegemaran ramai. Lemak, manis, memang sedap! Bagi anda yang tercari-cari idea bubur yang mudah dan cepat disediakan untuk minum petang, boleh cuba resipi Bubur Chacha @ Bubur Gunting perkongsian saudari Mas Ryana ni.Istimewa resipi ini ia menggunakan doh chacha yang dihasilkan sendiri. Wow… Pasti enak. Jomlah cuba.

 

CARA MEMBUAT BUBUR CHACHA @ BUBUR GUNTING YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Tepung gandumbeli online disini
Pewarna pilihan beli online disini
Air secukupmnya
Santan beli online disini
Gula
Daun pandan
Secubit garam
(sukatan ikut selera masing-masing, banyak mana bubur yang mahu anda hasilkan)

CARA MEMASAK:

1.Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dengan secukupnya.
2. Ambil air dan masukkan pewarna kesukaan. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga jadi doh yang kental. Jangan lembik. Jika suka, boleh hasilkan doh beberapa warna.
4. Canai doh nipis-nipis dan masak seketika di atas kuali atau pan tanpa menggunakan minyak.


5. Bila doh sudah masak, angkat. Potong panjang dan gunting menjadi kepingan yang lebih kecil.


6. Untuk menyediakan kuah bubur, masak santan bersama gula, daun pandan dan secubit garam. Sebatikan.


7. Bila kuah mendidih, masukkan potong doh yang digunting tadi. Sebatikan.


8. Bila kuah sudah pekat dan bubur sudah enak sempurna, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Mas Ryana

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur